Fresh from the owner...

04 November 2011

Kecantikan Lelaki dan Kegagahan Wanita!!!

Kecantikan Lelaki 

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:- 

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan 

2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran 

3) Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun 

4) Lelaki yang tenang dan lapang dada 

5) Lelaki yang baik sangka 

6) Lelaki yang tak pernah putus asa 

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki. 


Kegagahan Wanita 

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan. Perempuan yang 
gagah,adalah:- 

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan 

2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan 

3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan 

4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan. 

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang Ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan. 

Sabda Rasulullah SAW: 

"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat." Surah Al-Ahzab: Ayat 71 

"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."



sumber: lupa dah daripada mana ambik. huhuhu...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. ;) tersenyum kita membacanya sis.. :D Selamat Hari Raya AidilAdha dear!! ;D

    ReplyDelete
  2. semoga kita sentiasa berusaha menjadi ciri-ciri wanita itu. Good sharing

    ReplyDelete
  3. setuju sgt2!

    tpi say rasa sya pun tak kuat lalui kegagahan tu...huhuuu

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign