Fresh from the owner...

26 November 2011

Jewel ni macam best je!!!


masa beli Jelita hari tu terperasankan iklan ni. mula-mula tu ingatkan apa benda la ni. rupa-rupanya set penjagaan muka terbaru daripada Alaisyah dengan nama JEWEL. macam menarik je. macam tertulis kat atas ni la. Jewel ni terhasil daripada emas, berlian bla... bla... bla... in conclusion, mineral asli. kalau sebelum ni ada emas dalam Rania Gold dan Iffah Syahirah. yang ni ada batu permata ye.

aku try jugak carik kat Watson masa jalan-jalan nak beli pizza. tapi tak ada pulak lagi produk ni. ingat nak try kalau-kalau sesuai dengan kulit boleh stick dengan produk ni. sekarang aku guna Garnier untuk cuci muka dan jugak BB cream. okay je setakat guna ni. lagi pulak, kulit aku ni alhamdulillah. tak ada masalah. cuma masalah minyak kat area T-Zone tu la. mungkin sebab aku tukar pada Garnier light kot. sebelum ni guna Aqua. okay je.

setakat cuci muka ni rajin je la. tapi kalau nak pakai krim siang malam dengan serum tu la payah sikit. kadang-kadang ingat. kadang-kadang tu hampeh. bukan malas nak jaga kulit tapi ada la malas-malas sikit tu. saja tak nak mengaku.

next time around, nak try lagi tengok kat Watson. kot-kot dah masuk dalam pasaran Watson kan? hari tu tak masuk lagi sebab terlalu baru agaknya. survey-survey je la dulu. kalau ada trial pack, beli trial pack je. ada siapa-siapa yang dah pernah cuba ke produk ni?







my foot: ingat nak guna produk Zai's Beauty je. tapi ada pun kat Shah Alam. kalau dekat-dekat tu nak jugak pergi beli. mahal tak apa asal tak bagi kesan pada kulit 10 tahun akan datang. hmmm.. dok memikir lagi ni.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. Wanita dan kecantikan mmg x dpt dipisahkan ;)

    ReplyDelete
  2. sy nie buta produk sikit..dah lama tak pakai produk2 nie semua..

    natural beauty gitu.huhu..

    ReplyDelete
  3. akk suka bc promo zai's beauty tu...byk bg pnerangn ttng kandungn produk.

    buat ms ni akk pkai safi rania gold je ;D

    ReplyDelete
  4. ai xberani la nak tukar2 produk ni.setakat ni stick pada olay je,dh btahun2 dh pkai. =)

    ReplyDelete
  5. Ibu Yusuf pakai safi rania gold je.. murah.. ;D

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign