Fresh from the owner...

21 November 2011

Dah kahwin dah my BIL.


ni entri tak sempat nak published. my BIL dah selamat jadik suami orang 4/11/11. hari jumaat. akad nikah kat rumah lelaki. baru aku tahu. according tu encik suami, kalau sama mukim, sunat akad nikah kat rumah lelaki. kalau lain-lain mukim tu tak apa la. tapi aku tengok trend sekarang, even sama mukim pun still akad nikah kat rumah perempuan. tak pun kat masjid. punya la aku ni tak tahu. huhuhu... 


my BIL tak nak buat kat masid sebab tak nak jadik macam cousin dia orang. akad nikah kat masjid. tapi tetamu yang datang tu tak menghormati masjid langsung. sebab tu buat kat rumah je. dan menurut encik suami jugak, masa akad nikah, pengantin perempuan tak wajib pun ada. tapi biras aku ni nak je datang. ikut suka dia la.

sekali akad je dah sah jadik suami orang. dan akad nikahnya pun senang je. dia tak perlu sebut nama. tak silap aku lebih kurang macam ni la bunyinya: "Aku terima nikahnya dengan mas kahwin yang disebut or tersebut." siap sediakan kertas lagi kat depan. tukang nikah la sediakan. tapi masa aku dulu, encik suami sebut nama. akad nikah penuh. dan biras aku nak mas kahwin dia senaskhah Al-Quran. tapi Terengganu tak benarkan. kena guna sistem duit jugak. hmmm...

aku tak ada la nak tengok time akad nikahnya tu sebab orang ramai. duduk dalam bilik je dengan anak-anak. dan bilik yang aku duduk ni pulak betul-betul dekat tempat orang akad nikah. jadik boleh dengar dengan jelas. masa akad nikah tu boleh tengok thru pics and video. so, nothing missing la. hehehe... seronok tengok orang nikah ni sebab walau macam manapun, kita mesti teringat masa kita akad nikah dulu kan? kenangan tu. bukan boleh ulang banyak kali.






my foot: nanti sambung lagi cerita pasal wedding tu. hai, aku rasa macam tak sesuai je adik ipar aku ni kawin. macam tak bersungguh mana pun dia. dah tua pun harapkan orang lain uruskan. kalau tak digesa, entah-entah tak kawin kot dia tu. huhuhu... itu pun nanti cerita la.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Tahniah buat pasangan.. semoga bahagia selamanya, dunia dan akhirat.. amin.

    ReplyDelete
  2. tahniah buat adik ipar akak! :)

    ReplyDelete
  3. nape aa dia gitu ling?..dia bizi kot..?hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign