Fresh from the owner...

13 November 2011

Panduan Mendidik Anak - Part 1

untuk peringatan kita bersama. actually, ni panduan untuk diri sendiri. walaupun dah jadik parents tapi kadang-kadang kita ni pelupa jugak dan perlu diingatkan sesekali tu. ada 22 info tentang perihal mendidik anak-anak ni. me list sebahagian je dulu okay?


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita uutuk memukul anak dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.


3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk).

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran).

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan. (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.






my foot: memang anak-anak ni suka menguji kesabaran. kadang-kadang tu tension tapi dia orang jugak la racun dan penawar dalam hidup kita kan?


p/s: berebut lappy dengan encik suami. dai sibuk nak tengok cerita. so, layankan je. ni la baru dapat BW rumah kawan-kawan. huhuhu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. alamak ni betul ke?tp yg tk pukul dan tampar langsung pon degil jgk sy tgk..lg tmbah degil n melawan mak bapak pon ada..hihihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign