Fresh from the owner...

14 October 2011

Tinggi suhunya untuk baby 5 bulan.

semalam Azfar dah masuk 5 bulan. patutnya around 2pm semalam bawak mamat kecik ni pergi KKIA untuk inject 5 bulan. tapi sebab dia demam, me bawak next week je la. tarikh pun dah tukar semalam. kalau tak tukar, mesti bising je nurses kat KKIA tu. kenapa tak bagi tahu itu la ini la.

Azfar ni pulak mewarisi sisi Kak Long dan Kak Ngahnya. macam yang aku dah cerita dalam entri semalam, asal nak cucuk je demam. tapi selain daripada tu jugak, Azfar ni kalau demam mesti tersentak. sebiji macam Kak Ngah. bila jadik macam tu takut kena sawan je (itu la yang biasa nurses cakap). lagi pulak, last checked suhunya pagi tadi 39.3. sangat tinggi. macam Kak Ngah jugak. Kak Ngah kalau demam je suhu mesti cecah 39.

so, ke OPD la kami bawak hero kecik ni. sampai sana dia orang dulukan baby la kan. pergi ke bilik saringan checked suhu dengan timbang. suhu Azfar 38.5. terus jumpa doc. tapi belum sempat jumpa, nurse yang bawak aku dengan Azfar ni mintak pergi ke bilik 8. masuk ubat. nurse kat situ tanya umur Azfar. aku cakap 5 bulan. dia cakap la, 38.5 untuk baby 5 bulan tu tinggi suhunya. siap dia suruh lap-lap lagi badan Azfar kat situ.

Azfar dengan tak pakai baju seluar aku bawak dia masuk bilik doc. lagipun badan dia basah dengan air, malas nak pakaikan baju. jumpa doc, checked sikit-sikit, dapat ubat demam dengan antibiotik. doc kata ubat demam bagi 6 jam sekali. balik bagi terus la ubat demamnya.

alhamdulillah... tengahari bawak ke petang, suhu badannya normal. tapi nak masuk maghrib je... sambung nanti la ye. menangis pulak Azfar ni.





my foot: Azfar ni dengan abahnya tak nak pulak. dok menangis je.aku buat kerja kiranya nak cepat je sebab kesian dengar dia menangis. huhuhu... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. demam tersentak tu apa kak?haihh takutnya kan bila anak demam..org kata budak2 kalo demam mmg kena jga betul2 kan..sbb mudah sawan..mtk dijauhkan dr anak2 kita..

    ReplyDelete
  2. Kadang2 budak2 siang suhu ok..malam je naik balik...mmg risaukan..

    harap azfar cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. so camana ari ni?

    dah elok lum dia?

    mmg tinggi suhu tu...cian nyeee

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign