Fresh from the owner...

19 October 2011

Suhu cecah 39.9 sudah!!!



dah tak online beberapa hari. Azfar tak sihat dan aku pun tak berapa nak sihat. pagi ni pulak hujan. pergh... meamng sedap la kalau tidur tu. Azfar demam lagi. pagi yang aku bawak dia pergi OPD tu dan lepaskan masukkan ubat, bawak dia balik suhu badannya turun sikit. bagi ubat dengan antibiotik, sampai ke petang keadaan dia okay je. tapi masuk je maghrib, suhu badannya naik semula.

around 10pm, dia dok menangis je. tidur pun kejap-kejap. aku checked suhu dia setiap masa. pukul 10pm tu, kepala dia panas sangat. bila checked, dah cecah 39.9 dan termometer tu still running. biasa kan benda alah tu berbunyi kalau dah dapat baca suhu betul. aku ajak la encik suaminya bawak Azfar ke Emergency Room pulak. kesian dia menangis je. kita bukan tahu dia sakit macam mana. my friend yang kerja nurse cakap better check suhu guna yang manual sebab yang tu lagi accurate. tapi kat rumah ni ada digital je. hentam saja la.


sampai kat hospital, masukkan ubat sekali lagi. MA siap supply ubat untuk buat sendiri kalau suhunya still tinggi. tapi tempohnya selepas 8 jam. MA tu siap kata, 5 bulan chubbynya. sama jugak masa pergi ke OPD pagi tu. bawak Azfar balik dan suhu badannya tetap tak turun. sampai ke pagi badan dia still panas. meaning, ubat yang dimasukkan tu tak ada function langsung. dan Azfar memang tak tidur mana. dalam 10-15 minit je dia tidur. air dengan kain basah memang atas kepala je la.

pagi tu checked dan suhunya still 38 plus. aku mintak encik suami masukkan ubat tapi dia tak sampai hati nak buat. ala, leceh la. aku pun ala-ala tak sampai hati jugak tapi sebab suhu badannya tu still tinggi, aku buat sendiri jugak. bukan susah sangat pun nak masukkan. tapi entahlah... kesian! dan alhamdulillah. lepas tu, dia banyak tidur. dan suhunya kurang sikit demi sedikit. lega hati mak bondanya ni. memang aku pun rasa nak tumbang jugak la. tapi kena gagahkan diri buat itu dan ini.

nak harapkan encik suami? tak dapat. Azfar tak berapa nak dengan abahnya. dengan orang lain pun tak nak. sabar je la aku ni. hehehe... nak online macam mana kalau hampir 24 jam kena pegang dia je. nak on laptop? jangan harap la. on boleh. tapi tengok skrin je la. o_O




my foot: keadaan Azfar sekarang ni dah beransur pulih. alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Ciannya azfar, budak nk mbesar gitulah dugaannya, kenela wat sendiri anis mgkn en somi x smpi hati, Aju sering ditinggalkan hubby yg selalu outstation, skrg dh biasa sbb redha dgn kerjanya tu, rezkinya juga utk kita kan hihi

    alhamdulillah lega dgr azfar beransur pulih

    ReplyDelete
  2. uiskhhh, mmg tinggi sgt suhu tu!

    so admit emergency ke?

    inform k :(

    ReplyDelete
  3. Alahai handsome boy demam.. Inapun demam gak 2 hari dh mc.. Get well soon syg.. ;)

    ReplyDelete
  4. speedy recovery for both of u ye...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign