Fresh from the owner...

03 October 2011

Semalam. Ada apa dengan semalam?



internet tak boleh nak buak sebab semalam hujan dan berguruh sikit. biasalah kalau guna broadband. hujan je akan efek pada line. lagi pulak semalam a bit busy la. sejak my BIL balik ni, dia kena cuci luka kaki dia tu tiap-tiap hari kat emergency room la. bila my sis ni balik, tugas-tugas memasak ni aku ambik alih kadang-kadang je. hehehe... bukan apa. ada anak kecik ni kadang-kadang susah jugak. kena pulak stok yang dah pandai-pandai. baring lama sikit tak nak dah.

lagi pulak, kalau aku masak ayah aku berbunyi suruh tengok anak. bila tak masak pun berbunyi lambat boleh makan. orang tua ni perangainya lain sikit. tapi layankan saja la. semalam masak rendang ayam pencen. ayah dah tentu kena rebus dulu. kalau tak, mahunya terpelanting gigi palsu tu. petua nak lembutkan ayam biasanya aku gunakan air kelapa. tapi sebab malas nak kupas kelapa, aku rebus je macam biasa. memang 'masak' la menunggu dia orang empuk kan?


dah siap masak, operasi buat kek pulak. ayah aku dah bising-bising. barang dah beli. kek tak siap-siap jugak lagi. tu namanya birthday tak jadi. kek tu untuk abang dengan anak buah aku yang celebrated birthday bulan lepas. nak buta kek tak boleh satu tapi kena tiga or empat. sebabnya? nak bagi kat abang aku lagi, kakak aku tu lagi. kat rumah ni? dah la resepi pun ala-ala tak ingat. aku main ikut sedap rasa je buat. 

memang terlebih adunan. patutnya aku buat empat bekas tapi aku letak dalam tiga bekas je. so naiknya meninggi lebih daripada loyang tapi alhamdulillah... tak tumpah pun. okay je. dua aku buat bentuk pelangi dan satu lagi untuk orang-orang kat rumah ayah aku ni perisa oren. malamnya, dah mengantuk sikit. melayan Azfar  tidur, aku sure akan ikut sekali dia tidur. hahaha... nak BW? bila mata segar sikit baru boleh BW. kalau tak mahunya terlentok atas laptop ni.




my foot: alhamdulillah... anak-anak pun dah makin sihat walaupun batuk dengan flu still ada. tapi dah kurang. Azfar pun dah ada inprovement. taka da la meragam macam dua tiga malam sebelum ni. tu yang boleh tidur lena sikit. 

pics godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign