Fresh from the owner...

25 October 2011

Sedapnya masakan saya. Hehehe...

hari tu encik suami nak makan pecal timun. aku mana pernah makan pecal timun sebelum ni. nak buat lagi la. tak pandai. sedih kan? huhuhu... last year kot tak silap aku, masa balik Terengganu, my MIL buat pecal timun. so, aku tengok la bahan-bahan dengan cara nak buat. kalau ada permintaan senang. kononlah. tapi memang senang pun nak buat.

bila dah lama, aku macam ingat-ingat lupa macam mana nak buat. bila encik suami mintak nak makan, mula la. melilau kejap nak ingat. tapi dalam pada tu buat jugak la. sedap tak sedap belakang cerita. janji buat je dulu. aku pun dah tak berapa ingat macam mana my MIL buat. aku buat style aku sendiri la.

ni la rupa pecal timun aku. tak menarik kan? tapi rasa dia sedap seh! tu kata encik suami la.


resepinya pun senang. aku tulis kat blog ni in case satu hari aku terlupa macam mana nak buat, ada jugak la tempat untuk aku refer semula. untuk tatapan anak-anak jugak. senang untuk dia orang buat sendiri nanti. tak ada la nak tanya ibu dia orang je.

BAHAN-BAHANNYA:

Timun sebatang
Ikan selayang@kembung (4 ekor) - suka ikan banyak tambah la lagi. ikan ni dipanggang
Pati santan
Garam secubit
Serbuk lada hitam untuk pedas
Asam limau aka limau nipis

CARA-CARA:

1. Timun disagat halus.
2.ikan pulak asingkan daripada tulang dan tumbuk lumat.
2. Pati santan tambah air panas sikit. Campurkan dengan garam dan lada hitam.
3. Ikan tadi gaulkan dalam pati santan.
4. Kemudian tuang pati santan dan ikan pada timun dan kacau rata.
5. Perah limau nipis ikut suka nak masam mana.
6. Boleh hidang.


my foot: pecal timun makan dengan nasi putih panas dan ikan goreng tepung memang sedap. semalam aku makan itu je la. dua kali tambah sebab makan dengan budak kecik. hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. bak kata pepatah jgn tengok rupa je kena rasa. sekali rasa nak berkali-kali.

    mesti seronok kena puji dgn en suami kan kannn

    ReplyDelete
  2. akak penah makan pecal yang kawan kat sijangkang masak dulu..tapi merah skit kuahnya..tapi kalau pecal gini tak penah rasa lg..cam sedap pulak kan..ala2 kuah kerabu org kel gitu nampaknya

    ReplyDelete
  3. unik makanan ni..serius, memang tak pernah tahu kewujudan pecal timun ni...makanan dari pantai timur ke ni..?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign