Fresh from the owner...

26 October 2011

Puyuh oh puyuh!!!


according to my nephews, puyuh dua ekor ni ayah aku ambik sebab dibuang oleh seorang manusia. reason kenapa dibuang, aku pun tak tahu. tapi aku perhatikan kat rumah ni, ayam-ayam peliharaan pun dah start mati. dah tiga ekor kot sepanjang minggu ni. mungkin sebab perubahan cuaca sebab sekarang ni pun hujan tak menentu.

anak-anak sangatlah excited tengok burung puyuh secara live. setakat tengok je la sebab ayah aku letak burung dua ekor ni dalam sangkar. aku tak tahu jugak sama ada ayah aku nak bela burung-burung ni atau disembelihnya untuk bagi makan kat anak cucu (macam la isinya banyak. huhuhu...).

apa pun burung-burung ni mesti happy duduk kat sini. anak-anak buah aku dengan benda-benda baru ni dia excited lebih. segala macam makanan dia  orang nak bagi. sure kenyang la kamu. hahaha... tapi kena pastikan jugak sebab ada di antara dia orang ni 'pengganas' antarabangsa. tambahan pulak ayah aku dah jual lembu-lembu belaannya. dah tak ada mangsa untuk pengganas ni lakukan keganasan. bergembiralah sebab kamu akan sentiasa diawasi daripada pihak pengganas terbabit. 



my foot: bila tengok my niece pegang cacing untuk diberi makan pada puyuh ni, teringat zaman aku bebudak dolu. tak ada geli-gelinya nak pegang cacing. tapi sekarang ni? hmmm...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign