Fresh from the owner...

25 October 2011

Nak beli yang mana satu ye?

alhamdulillah... Alya sekarang tidur malam tak pakai diapers lagi dah. tapi kena atur la waktu bila dia patut bangun buang air. so, jimat la diapers kat situ. pakaikan untuk Anis dengan Azfar je la. hari tu belikan Azfar CD tapi tak boleh nak pakai lama sebab getah bahagian tepi kat peha tu bagi kesan. chubby sangat susah jugak. huhuhu...

masa nak carik stok diapers, aku carikan Drypers untuk Anis sebab kalau beli Huggies dia senang cabut. dah pandai cabut-cabut diapers ni susah jugak. untuk Azfar aku ingat nak belikan Huggies je tapi bila terpandang something kat Drypers tu terus tukar niat.


ada kemeja T percuma kalau beli Drypers. kemeja T ni pulak sama patennya masa Drypers ada limited special edition tu hari. jadik belikan je la Drypers untuk Anis dengan Azfar. masa beli tu dah terdetik macam manalah kalau sama patennya. selalu macam tu la. kalau terdetik je dalam hati mesti benda tu sama. tapi masa tu malas nak tukar. tak apalah kalau sama pun.

balik rumah je terus bukak dua-dua Drypers tengok betul ke tidak macam yang aku jangka. hehehe... memang betul la patennya sama je. tapi nasib baik jugak dapat paten yang ini:


dua-dua sama je saiz. tak muat lagi kalau Azfar nak pakai pun. jadik satu untuk Alya dan satu lagi untuk Anis. Azfar kita carik yang lain pulak la. hehehe... seronok jugak kalau dapat barang free daripada Drypers ni. hari tu pun Drypers ada bagi towel tapi untuk newborn walhal Azfar dan tak pakai lagi newborn. pakai pun kejap je. kalau ada masa Azfar lahir, sure aku rembat satu. tak pun dua. mungkin jugak tiga. hahaha...

tak ada rezeki kat situ. tak apalah. janji design ni cantik. i like!!!





my foot: boleh pakai kat rumah. boleh je nak pakai bawak pergi jalan-jalan. design tu yang mahal sebab love mummy and daddy. kau ada? hehehe...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. cantik baju tu,
    pakai uat jalan pun ok sgt!

    ReplyDelete
  2. wow, ada free tshirt. kena beli stok srypers mcm ni. thanks! cantik jugak design tshirt tu :)

    ReplyDelete
  3. anak akk skrg dh pndai mbuang kt toilet so pkai diapers mlm je. skrg bli jnama murah je heheh. T shirt tu mmng sweet lah

    ReplyDelete
  4. cumilnye baju tu. Nak 1 hehe

    ReplyDelete
  5. nk kena cari jugak ni..hehehe

    ReplyDelete
  6. ala2..comelnyaa..xde nk gak satu..heee

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign