Fresh from the owner...

04 October 2011

Manusiakah kamu?

sekarang ni selain daripada gossip artis kahwin, ada satu lagi yang menjengkelkan dan membuatkan aku rasa macam nak tembak je pesalah tu: BUANG BAYI. memang tak pernah habis benda ni kan? semalam baca paper ada orang jumpa bayi yang dibuang dalam perigi.

hari ni baca, ada pulak orang lain jumpa bayi yang dibung dalam longkang daripada atas flat. macam buang sampah je. bayi-bayi tu sempurna sifatnya dan masih bertali pusat. tak kiralah panik macam mana pun kamu. masa buat, tak ingat. bila pergnant pun tak ingat jugak. dah bersalin, baru la tahu panik bagai. hati apa la kamu ni?

sekalipun baby tu dah meninggal waktu dilahirkan, tapi mayatnya perlu disempurnakan seperti mana kita akan disempurnakan nanti. atau kamu pun nak orang buat kamu macam tu jugak? campak je kalau dah meninggal? sedih hati tengok keadaan bayi-bayi tu sebab aku pun ada anak. masa ni kamu buang. di sana nanti, dia akan tuntut apa yang dah kamu buat pada dia. bertaubatlah!!!




my foot: tak sampai hati nak tepek gambar sebab hati ni cepat rasa sedih tengok orang buat baby yang tak tahu apa-apa macam tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. kan,kita ni nak jentik anak pun pk byk kali,nyamuk nk gigit pun dok bising2.ni plak nak buat mcm2..yg jenis pam dlm toilet tu lagi la takde hati perot.

    merata2 ada je baby yg tak berdosa...

    ReplyDelete
  2. entahlah manusia sekarang mengalahkan binatang...binatang pun tau sayang anak...
    semalam tengok rasa macam nak cakap kat org yang buang anak tuh..suruh pergi mati je..

    ReplyDelete
  3. semalam kes ibu campak baby dr tingkat 2 apartment tu...huhuh tak sanggup nk dgr..terus tutup tibi! apa nk jadi manusia nih..tak tau laaaaaaaa

    ReplyDelete
  4. say berbakul-bakul dok maki hamun kes ni bila dgr kat buletin semalam, hampeh kan!!!

    allah je lah balas!

    ReplyDelete
  5. smlm ada tgk berita yg org tu campak bayi dari tingkat flat huhu kejamm nye

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign