Fresh from the owner...

01 October 2011

Makanan oh makanan!!!



time study dulu, nasi lemak selalu je jadik pilihan. kalau tak pun roti canai. nasi lemak senang sangat nak dapat. roti canai pun macam tu jugak. jenis yang lapar tak hingat tu, ambik yang cepat je buat alas perut je dulu. lagi pulak kat Shah Alam tu berlambak kedai mamak 24 jam. kat kedai mamak aku cuma suka Nasi Goreng Ayam dengan roti boom dia.

masa duduk Seksyen 6, my friend (orang Shah Alam) selalu bawak makan kat Kedai Nasi Lemak Pak Ayub kot kalau aku tak silap nama la. atas pasar. nasi lemak kerang dia sedap. tapi sekrang ni tak tahu la. dah lama tak pergi sana. dulu, kalau ke sana je kena menunggu sikit la sebab orang ramai datang makan, bungkus bagai. entah ada ke tak lagi kedai makan tu kat situ.

bila duduk menyewa kat Seksyen 7, ada seorang akak ni berniaga kat laluan pejalan kaki. tepi jalan la maksudnya. dia jual nasi lemak dengan kuih-kuih sikit. lauk nasi lemak dia ada la dalam 4-5 jenis. last aku beli nasi lemak akak tu pun tahun 2007. entah-entah akak tu dah bukak restoran kot. hehehe... aku suka beli nasi lemak sambal paru dia. memang sedap.

kecur liur tengok pic ni. huhuhu...


aku memang suka sambal paru. jadik kalau sedap tu memang aku kata sedap la. masa buat parktikal kat ITNM pun, aku selalu je pesan kat seorang adik ni. mintak tolong belikan nasi lemak sambal paru. sebab tu kot, masa aku belajar kat UiTM, berat aku boleh tahan la. muka berisi je. hahaha... pelahap!

kenangan tu selalunya akan buat kita senyum sendiri kan? bila lepak dengan kawan-kawan, order makanan sambil sembang-sembang. kongsi makanan pun ada. mana-mana kawan yang balik kampung tu, ada la bawak balik makanan untuk dikongsi bersama. erk, ada jugak orang nogori yang bawak siput sedut tapi tak reti nak makan! hahaha... tapi sekarang dah pandai kan?




my foot: entri makan-makan la entri paling best. sebab aa banyak makanan yang boleh buat air liur meleleh je. muahaha...

pics godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. mama dulu pun masa study duduk seksyen 7 jugak, jln zirkon. Memang byk kedai makan sedap2, tapi sebab study dulu selalu tak cukup duit, mkn pun ala kadar je. Roti canai la yg selalu beli

    ReplyDelete
  2. Aju pon suke mkn, sambal paru???? Mmg sedap hihi

    ReplyDelete
  3. lenkali kalo ku nak baca entry makanan ni pasti kan belah siang,ni mlm2 baca psl makanan ni..perut tetiba rasa lapar,mana ku nak cari ni sis..*dah telan liur dah* eheheh..

    ~sambal nasi lemak kat kantin kolej makin sedap..susah nak kontrol nafsu mkn tu sis..

    ReplyDelete
  4. sampai skrg tak reti nak sedut siput huhu.tak pernah dpt.penat je dpt hehe...

    ReplyDelete
  5. Ada lg nasi lemak pak ayub sec6...lg sedap skrang...tp ramai sgt org...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign