Fresh from the owner...

28 October 2011

Main masak-masak!!!

tajuk tak sama dengan entri ye. lately encik suami sangat suka main masak-masak. actually bukan main masak-masak pun. bila dia demam hari tu dia nak makan kayu keramat aka lempung. dia ada tanya aku reti ke buat. dengan jujur dan ikhlas, aku jawab tak. tapi kat kedai ada je jual. dapat la dua kali dia makan yang beli sebelum dia google for the recipe. nak harap aku? malas kadang-kadang tu. hehehe...

dia memang rajin carik resepi. kadang-kadang dia buat sendiri. kadang-kaang aku yang kena buat. macam kayu keramat ni, dia sediakan bahan je tapi aku la yang kena uli bagai. tak sempat tengok dia isi apa dalam bekas. sedar-sedar je dia panggil mintak tolong uli.

rupa mungkin kureng tapi rasanya sedap la.


hasilnya? memang terbaik la. dah tiga kali buat. anak-anak buah makan siap cakap sedap lagi aku buat (walhal yang buat orang lain, dapat nama aku la jugak. hahaha...). semalam ada balance sikit daripada hari sebelum tu. aku modified tambah planta lebih sikit. jadik crunchy la. encik suami tak suka planta banyak sebab dia cepat muak. anak-anak buah aku siap nak beli tu. seringgit 6 biji katanya. dia sanggup bayar sebab nak makan. boleh gitu?

first time buat bentukkan panjang-panjang. last-last malas punya pasal bentukkan bulat-bulat je. bila buat bulat-bulat lagi rancak pulak bebudak ni makan. kena pulak makan time hari hujan. makan panas-panas. memang sedap la. hehehe...




my foot: next time around kena tanya apa bahan-bahan yang dia gunakan. yang aku tahu sodium bikarbonat, gula, tepung gandum, perisa pandan sikit, pewarna kuning sikit, yis. apa lagi? harus tanya. suami kalau sesekali dia masak, memang sedap kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. rupa tak penting, yang penting sodappp hehe

    ReplyDelete
  2. hihi.. kayu keramat ni macam kuih orang terengganu jer.. ada sejenis kuih kat ganu yang dipanggil kayu keramat.. sama lah bentuk dia.. :)
    sedap eh..somi saya suka...

    ReplyDelete
  3. betul 2 tu..jangan pandang pada rupa tp pandang pada rasa sah2 lima biji pun mesti habis..hehe

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign