Fresh from the owner...

04 October 2011

Macam manalah nak buat ni?!


budak kecik ni suka buli orang. kuat sangat menyakat. pening kepala aku dengan gelagat dia je. mana taknya. dia ada sepupu yang sebaya dengan Kak Longnya tu. tapi minah kecik ni kejap-kejap pergi ambik beg mamat ni. tak dapat beg, dia ambik songkok. tak dapat songkok, baju dengan selipar mamat tu pun dia gunakan. menangis-nangis la mamat kecik tu bila kena sakat.

kat rumah ayah aku ni bila waktu pagi tinggal la dia orang bertiga je. mamat kecik dengan my two angels ni. Azfar dah tentu-tentunya dengan aku je sebab kecik sangat lagi. Alya dominan. dia la jadik kepala ajak main apa-apa pun. tapi kalau dah bosan tu mula la. ada je benda lain nak buat. mesti ada aktiviti menangis punya la. tapi yang paling kuat menyakat, Anis ni la.

abang aku ada cakap: "Tengok maknya steady je. Tapi anak-anak dara kuat buli orang." huhuhu... kenapa la suka buli orang ni sayang oiii... yang mamat kecik ni pulak jenis dalam hati ada taman bunga. nak dapat adik dah tahun depan. tu yang jadik macam tu kot. yang betulnya daripada dulu lagi dah mamat tu macam tu. mula-mula Alya yang selalu buli dia. bila Anis dah besar ni, Anis pulak yang kuat menyakat.

anak-anak... pening kepala ibu nak menjawab dengan mak saudara kamu. huhuhu...




my foot: dominan tak apa. jangan besar nanti buli orang jugak. insyaAllah, doa ibu supaya kamu-kamu jadik anak-anak yang solehah dan baik-baik saja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. hehe,pening kepala ibu yer..diorang ni kdg2 buat kita rasa geram sgt2 tp tu la yg menjadi racun penawar hidup =)

    nampaknya anak perempuan skrg sama je mcm lelaki..hehe

    ReplyDelete
  2. budak nakal time kecil akan bijak bila besar nanti

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign