Fresh from the owner...

28 October 2011

Kenduri hari sabtu dan Azfar cucuk 5 bulan!!!

hari sabtu lepas pergi kenduri kawin. dekat je dengan rumah. dekat sangat tu tak la jugak. encik suami bab-bab kenduri ni dia suka sangat sebab kat sini ada opor. dia memang suka opor. tapi kadang-kadang tu tak ada opor pun. ada kari or daging masak kicap. dan kebetulan rumah yang pergi kenduri ni masak opor. rezeki dia. dan pulak masa kami pergi, hujan ada la dalam setengah jam dah berhentinya.

sampai je kat sana, aku ajak encik suami duduk hujung sekali. masa aku dengan encik suami duduk, ada satu family ni baru je habis makan. dia orang tengah makan rambutan. aku senyum je. lama sikit, si anak cakap: "Macam pernah tengok!" aku senyum lagi. aku kenal la dia orang ni sebab dia orang ada hubung kait dengan member aku masa sekolah menengah dulu. lepas tu maknya cakap: "Tanya la."

amik pic family sekeping sebelum pergi kenduri.


aku pun tanya dia ni sepupu member aku tu ke? saja nak berbasa-basi. hehehe... last-last anaknya tu tanya, betul ke aku ni kakak bla... bla... bla... okay! awak tau nama saya. saya pun tau nama awak. mak dia cakap: "Pernah jadik cikgu dulu kan?" okay mak dia pun kenal aku. ngeee...

bila dia orang tengok Azfar, dia orang tanya umur. aku cakap la baru 5 bulan. dia orang cakap: "La... ingatkan dah setahun." Azfar dah setahun ke? kecik-kecik comel tu dia orang kata macam setahun. mesti kes anak-anak kecik. tu yang cakap budak besar Azfar macam budak umur setahun. or memang budak-budak sekarang ni cepat je besarnya? entahlah...

dan semalam, bawak Azfar cucuk 5 bulan. berat dia okay la lepas demam panas tu hari. dan masa cucuk pun, dia steady je. tak ada menangis pun. memang kuat la adik kecik ni. sesuai dengan nama IZZnya tu yang bermaksud kekuatan. semalam ramai jururawat pelatih. memang satu tempat tu ada la 2-3 orang. pening tengok. kira BMI pun salah. apa kes?

ni budak kecik yang orang cakap setahun plus kena cucuk 5 bulan semalam.





my foot: lepas balik daripada klinik, makan-makan kejap sebelum hantar encik suami. nak balik Pasir Gudang. ada kerja sikit. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. tembamnya azfar ni, geram tgk...

    ReplyDelete
  2. Good boy la Azfar ni.. tak nangis pun.. geram tgk pipi dia.. :D

    ReplyDelete
  3. chomellah budak kecit ni...dh besar sure hensem... :)

    ReplyDelete
  4. erk kejap jer kan kak? dah besar2 putera n puteri akak... Alhamdulillah, bila la dapat jumpa nih?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign