Fresh from the owner...

29 October 2011

IKan celup tepung ala Kentaki!!!

hari tu kan encik suami buat kayu keramat aka lempung. kayu keramat tak tahu la asalnya dari negeri mana. tapi orang Ganu panggil kayu kramat. hehehe... betul ke tu? bila kat Pahang especially daerah aku ni ada yang panggil kramat, ada yang panggil lempung. bukan nak cerita pasal kayu keramat ni lagi.

tapi nak cerita pasal ikan celup tepung. encik suami jugak yang buat sebab ayah aku ada beli ikan kembung fresh. baru naik daripada laut. besar-besar pulak tu. memang sedap la kalau buat celup tepung. dah dia offer diri nak buat, aku iyakan je la. bukan senang dia nak buat. tapi yang tukang goreng dah tentu la aku.

ini rupa yang dah dicelup dengan telur dan tepung jagung.

yang ini tengah goreng la.


memang sedap la. sampai dua kali buat. malam tu sekali. yang tengahari tak puas makan sebab buat dua ekor je. aku pulak kongsi dengan Alya dan Anis. malam tu buat tiga ekor. aku seekor dan anak-anak yang dua orang tu kongsi seekor. hehehe... tapi malam tu dia orang banyak makan kulit tepung yang digoreng. sebabnya encik suami bancuh tepung jagung tu dengan telur. mabeles la. pedas-pedas gitu. sampai ke tulang-tulang nak dimakannya. 

rupa ikan lepas goreng? nan ado. hehehe... tak sempat nak snap dah masuk perut dulu. lain kali la snap kalau encik suami rajin buat lagi.





my foot: terima kasih la Yang sebab rajin masak. awak rajin carik resepi. saya malas. ngeee...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. bagusla husben tu!

    cuma sya penah baca, laut dan darat tak elok di satukan...mcm telur dr ayam di darat dan ikan dr hasil laut...leh memudaratkan utk jangak masa panjang

    tpi nak goreng tepung ni mmg best guna telur pun kan..

    wallahuallam...

    ReplyDelete
  2. ikan pon ada celup tepung ke kak??hehe..sedap eh nk cuba lah

    ReplyDelete
  3. ehh tak pernah buat lg ni....nk terai gaklah nnti

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign