Fresh from the owner...

05 October 2011

Finger print punch card vs punch card!

yang mana kamu rasa lagi praktikal antara guna kad ataupun guna jari? tempat keje my bro sekarang dah tukar mesin kedatangan. kalau dulu guna punch card (boleh jugak mintak tolong orang punchkan in case terlewat kan? hehehe...), sekarang ni dah guna finger print punch card. dah sah-sah tak boleh nak mintak tolong orang kan? muahaha...



finger print punch card ni mengingatkan aku masa buat praktikal kat ITNM dulu. sistem kat sana  nak masuk dalam kena guna jari baru la pintu terbuka plus berfungsi sebagai punch card jugak. dan orang atasan boleh tahu berapa kerap keluar staffnya. nak keluar je kena print jari tu kat mesin baru pintu terbuka. kalau tak berjaman la duduk kat depan pintu tu.

one fine morning, big boss (mungkin dah tukar boss kot sekarang) ni datang la sekali dengan staffnya. actually, aku rasa staff tingkat tiga memang nak elak jumpa dengan big boss. memang daif keadaan kat tingkat tiga tu. nanti story la ye. jadik, big boss nak finger print la kan. nak masuk office. staff lain including aku ada kat belakang. tunggu turn. big boss ni print sekali dua kali tiga kali tapi pintu tak terbuka. tak recognized pun cap jari dia. lama jugak la dok menunggu. muka dia pun dah kelat-kelat asam. sambil tekan sambil buat lawak.

last-last ada staff lain offered untuk printkan jari dia. sekali try je pintu terbuka. masuklah boss ni dengan muka antara kelat tak kelatnya tu. aku dengan member-member lain dok pakat-pakat gelak secara sembunyi. hah, baru kau tahu bos! ingat finger print punch card tu berfungsi sangat ke? kadang-kadang bengong jugak. kan dah kelat-kelat muka bos sebab ramai staff tengok. big boss ni tak berapa nak mesra dengan staff. tapi dia ada tegur aku sekali. masa tu kebetulan kami turun satu lif.


mesti bos aku tu hangin sebab malu la staff tengok kan? dia tak boleh masuk. big boss lagi. staff kecik-kecik ni senang je masuk. relaks je. hahaha... tak apa la bos. cadangan siapa untuk tukarkan punch card yang canggih tu? tujuannya aku rasa untuk elak penipuan je. kadang-kadang ada staff lambat datang tapi selamba je mintak tolong orang punchkan card dia. sebab masa aku started praktikal kat situ still guna punch card kertas tu. dalam dua minggu je tukar. salah staff jugak.

apa pun, bos-bos kena baca bismillah sebelum finger print. baru berkat nak mulakan semua kerja. betul kan? bismillah tu banyak manfaatnya.




my foot: aiseh... kenanganlah semua tu. aku terkenang-kenang lagi muka big boss tu. hehehe... kesian dia.

pics godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. dulu time keje kat uniten swipe id card,boleh lg pass2 kat member,tp skrg kata dh tkr ke thumbprint huhu.

    nnt mesti ada plak guna retina mata utk detect attendance hehe.

    ReplyDelete
  2. Makin hari makin canggih kan sis.. Ni mmg x leh ngulat le nmpk gayanya.. Hik3!!!

    ReplyDelete
  3. Kat opis k zefa guna punch card lg. Tp setakat ni tak pernah lg minta kwn punch.. hehe..:D

    ReplyDelete
  4. KERJA BIARLAH IKHLAS KAN..HEHHE

    dah tak boleh nak tolong kawan

    ReplyDelete
  5. tak pernah guna thumbprint lagik, skrg guna swipe kad, klaka pulak psl bos takleh masuk opis tu hehehhe

    ReplyDelete
  6. dah guna thumb print ganti punch card since 2008 lg. jenuh pagi2 nak kena tggu mat bangla dan indon yg xlepas2 sbb asyik xdetect. kenangan kerja dgn company lama

    ReplyDelete
  7. alamak..kalo guna jari..mmg sah2 le takleh nk minta tlg kawan sesekali...hehee sesekali jek....

    ReplyDelete
  8. ofis lain kt sni byk yg guna thumb print tp ofis kita ni msih punch card..huhu.. teknologi ni bgus utk ofis lah tkde lah org tipu kan..hikhik utk kita ni lemah lah tkleh nk mtk tlg org..hahaha

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign