Fresh from the owner...

31 October 2011

Esok nak balik kampung ye!!!

daripada Terengganu encik suami akan balik ambik aku dengan anak-anak esok. bila dia akan sampai dan bila pulak nak bertolak semula ke sana, tak tahu la lagi. barang-barang pun tak packing lagi ye. baru je lipat-lipat baju nak susun dalam almari baju aku, encik suami dan anak-anak. okay, aku dan encik suami ada almari baju yang berbeza. senang gitu. hahaha...


tujuan balik yang utamanya sebab my BIL nak kawin. akad nikah hari jumaat dan majlis kedua-dua pihak hari sabtu. ahad tu dah raya haji. so, sambut semua sekali kat sana la. insyaAllah majlis akan buat kat dewan. katanya senang sebab keluarga duduk dekat-dekat je. depan dengan belakang. jadik buat majlis sekali harung je. tak payah nak buat dua tiga kali.

tapi pada aku la. walaupun dekat dan mungkin jimat cost, aku still prefer dua majlis yang berlainan. kawin ni sekali seumur hidup. dan itu jugak yang kita harapkan. pada aku la kan, momen tu takkan berulang lagi dah. nanti bila tengok pics kawin rasa menyesal pulak la sebab tak buat dua majlis. macam aku sendiri, rasa macam nak buat majlis semula sebab ada yang pincang pada majlis aku tu dulu walaupun akhirnya semua berlangsung dengan baik. mungkin next year boleh buat outdoor photoshoot sempena ulangtahun ke-5. siapa tahu kan? ngeee...

my BIL terlebih mampu nak buat majlis lain. tapi jenis dia malas nak berfikir. orang kata macam tu, macam tu la. lagipun aku rasa dia sukakan sesuatu yang mudah. yang tak serabutkan kepala dia. apa yang penting akad nikah tu. nanti aku cerita lagi la ye pasal wedding ni bila masanya tiba.





my foot: masa wedding aku dulu, semua aku dan encik suami uruskan sendiri. reasonnya encik suami tak nak susahkan my MIL. my MIL ada jugak bunyi tapi better macam tu. mungkin dia terasa tapi kami tak nak dia susah-susah. kesian dia.

pic godek2 kat Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. Kalau kenduri kawin ni kalo x ada yg terasa hati mst x sah kan.. Selalu gitu.. Selamat blk ke kampung sis.. Selamat hari raya korban.. ;)

    ReplyDelete
  2. uiii best balik kampung, tapi kita balik kampung raya haji ni bukan lagi rumah lama. kampung sudah bertukar tempat lain. aduhhh. rumah baru parent pun tak tau celah mana. hahaaa.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign