Fresh from the owner...

02 October 2011

Dia orang buat apa sebenarnya tu?

nak tumbuk Kak Ngah ke Kak Long?


nampak macam nak bergaduh je dua beradik ni kan? memang selalu berperang pun dua orang ni. kak ngah suka menyakat. kak long bekeng (maksudnya garang!) sikit. tapi kalau ada abah, kak long jadik cengeng (manja. suka menangis) la. memang pening abah kalau sesekali balik. kalau dengan aku jangan haraplah nak dukung bagai. dengan abah, semua nak dukung. kak ngah kalau tak dapat dukung mesti dia cakap: "Kaki kak ngah sakit!" abah dah tentulah mengalah kan?

apa yang kak long buat tu?


ni aktiviti petang semalam. sambil-sambil tu aku dok snapped pics dia orang ni. saja nak tengok gelagat anak-anak yang tengah membesar. macam-macam ada. alhamdulillah... budak-budak ni bijak. senang tangkap apa yang kita ajar. yang tak elok pun cepat belajar jugak. aku memang garang dengan anak-anak berbanding encik suami. bila tegur tak dengar, siap la. hahaha... pukul-pukul ni perkara terakhir aku buat. 

biasanya aku tak layan dia orang. cakap  pun aku buat tak tahu je. bila salah, on the spot dia orang sedar dan mintak maaf. yang tak bersalah pun mintak maaf jugak. hehehe...

operasi memaksa ni...


kak long memang boleh diharap bab-bab jaga Azfar ni. tapi dia 'ganas' sikit. even my SIL cakap dia takut tengok Alya. ganas. dan sepupu kembar dia orang pun takut dengan Alya walhal kembar tu tua setahun daripada Alya dan besar lagi. Alya buli orang ye!!!

cousins dia orang sebelah  encik suami lembut-lembut je. mungkin sebab tak ramai kalau nak dibandingkan dengan belah aku ni. Alya ada 3 cousins yang lahir sama tahun dengan dia. abang-abang sepupu dia ganas-ganas. main mana ada lembut-lembut. jadik kadang-kadang tu Alya terikut-ikut. susah jugak kan?

okay! turn kak long semula.

dalam bulatan biru tu sebenarnya tongkat my BIL. Alya guna as a microphone. kreatif kan? hahaha... aku tengok je dia dok nyanyi kat depan kaki tongkat tu. dah puas, dia paksa adik dia nyanyi pulak. lepas tu dia nyanyi semula. macam tu la sampai dia bosan.



my foot: kreatif budak-budak ni kalau kita perhatikan betul-betul.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Heheh ingatkan watpe la td, Suke tgk gelagat bebudak ni, time diorg gaduh mmg angin je, tp bila bergurau seronok tgk ;)

    ReplyDelete
  2. memang kreatif,kalau tak bagitahu tongkat,memang tak tahu apa tu hehe...anggap saja mic. hihi

    ReplyDelete
  3. deme ada bakat ni nak jd perekacipta ataupun penyanyi.. ;)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign