Fresh from the owner...

22 October 2011

Dahulukan yang penting kan?

anak-anak lagi penting. walaupun suka berblog tapi kalau anak-anak menuntut lebih perhatian, blog kena rehat la. sepanjang Azfar sakit memang susah nak online. tidurnya sekejap sangat. tak nak dengan orang lain. mujur jugak ada encik suami. boleh la tengok-tengokkan kejap walaupun dia kureng sikit dengan abahnya. most kids macam tu kot.

kalau sihat anak abah. time sakit anak ibu. anak-anak aku pulak, siang semuanya anak-anak abah. malam anak-anak ibu. kira satu kemujuran la kalau waktu malam tu dia orang nak dengan encik suami. even kalau aku ke toilet sekalipun dan salah seorang tersedar, mesti 'nak ibu' punyalah. Azfar dah tentu anak ibu sebab dia 100% breastfeeding. cuma sekarang ni dah start bagi dia solid food. lapar je 24/7. huhuhu...

kalau update blog pun, untuk quick update. nak kekalkan kejadian-kejadian tu dengan tarikh. senang kalau anak-anak besar, dia orang baca, dia orang tahu la waktu bila jadik. masa dia orang berapa bulan ke tahun ke kan? nak BW kena slow-slow.

sekarang nak melawat rumah kawan-kawan la. dah tertinggal banyak cerita kawan-kawan alam mayaku. tunggu kedatangan aku ye. hehehe...




my foot: ada ke yang tunggu kedatangan saya ni? huhuhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign