Fresh from the owner...

21 October 2011

Azfar ke'campak'kan. Eh, ada ke perkataan tu?



sambungan daripada cerita Azfar demam hari tu. the next day, suhunya dah tak panas lagi macam hari-hari sebelumnya. dia pun dah mula senyum bagai. tapi satu yang aku noticed masa mandikan dia pagi tu. ada biji-biji merah kat belakang kepala. dalam hati dah terdetik: “Memang sahlah ni!” 

apa yang sah-sah? macam orang kawin pulak boleh main sah ke tak sah kan? ngeee… memang sah la dia demam campak. biji-biji halus kat belakang kepala tu kemudiannya naik pulak kat muka. kemudian ke seluruh tubuh badan. jadik la dia si budak comot untuk dua hari berikutnya. 

Azfar ni pulak kena campak tak macam kakak-kakaknya. Alya dengan Anis kena campak, cool je. tak ada meragam. tidur malam ke siang ke okay je. campak dia orang pun naik yang paling halus (style Harith Iskandar ye!) punya. Azfar punya campak besar sikit dan dia pulak tak boleh panas dengan berpeluh. memang akan buat dia miang dan tak berapa nak tidur malam. 

malam pertama dia kena campak memang tak tidur dalam bilik. masuk bilik je menangis. last-last berkampung kat luar sampai ke pagi. malam kedua dah okay sikit dan boleh tidur dalam bilik. tapi dia tidur tak pakai baju la. sekarang ni alhamdulillah… biji-biji halus campak tu pun dah hilang sikit-sikit. dan dia pun dah tidur macam biasa. 





my foot: dugaan nak besarkan anak ni macam-macam kan? runsing je hati mak bapak ni kalau anak-anak sakit. kalau boleh nak mintak tukar je sakitnya tu kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. betul, time anak sakit je kita dai bair cepat sembuh dn klu boleh kita lah sorang yg tanggung sakit tu...huhu

    actually bagus gak azfar kena sekarang...lagi leceh jaga nak besar yg kena sbb rengek nye lain...hihi
    dan antibodi azfar pun lagi kuat..

    ReplyDelete
  2. Alahai sian handsome boy.. Cpt smbuh ye syg.. Mamanya sabar ye.. ;)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign