Fresh from the owner...

05 September 2011

Ya Allah... Permudahkanlah segalanya!!!

pic daripada FB CD

ini kawan aku. sama-sama belajar TESL dan sama-sama jugak ambik Masscomm dengan aku. beza umur dengan aku pun 8 hari je. masa dia belajar Masscomm dulu, aku selalu kutuk rambut dia. ye la. dia lelaki dan rambutnya di kaler merah. memang terbakar la kalau kena panas matahari. hahaha...

bila aku jumpa dia kemudiannya, rambut dia dah tak merah macam dulu. dah tukar hitam. dia kata dah tak ada kaler-kaler lagi dah. dan lepas dia putus dengan member kami (sama-sama TESL), aku tak rasa dia ada jumpa pengganti lain. mungkin dia tak cari. mungkin ada tapi tak kekal lama. bunyi status dalam FB dia pun macam ada tak ada je. macam main tarik-tarik tali je dengan sesiapa je la yang dia suka tu.

kenapa aku cerita pasal member aku si CD ni? CD aka Roshaidi aka Ady ni sebenarnya terlibat dalam kemalangan semalam. dia kena head injury dan patah tulang pinggul. condition dia teruk sebab dai sekarang ni ditempatkan dalam ICU di HKL. still tak sedarkan diri. dia ada pendarahan dalam kepala dan selamat menjalani first operation. second one akan dibuat kemudian untuk betulkan tulang pinggul dia kot.

 macam mana dia accident, aku pun tak tahu. terbaca post kawan-kawan TESL tadi baru la tahu dia accident. kami sesama TESL memang rapat. macam adik-beradik. sebab tu aku rasa aku lebih sayangkan kawan-kawan TESL berbanding Masscomm. Masscomm ni ada puak-puak. tu yang tak best tu.

apa pun aku harap dia recover cepat. atas izin Allah semuanya tu. terkejut jugak dengar berita ni tapi semuanya tu Allah yang tentukan.



my foot: Ya Allah, Kau pulihkan dia dan jadikan apa yang terjadi padanya ini satu iktibar agar dia lebih berhati-hati dan sentiasa beringat bahawa malang itu sememangnya tidak berbau. wallahualam.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. kesian nye...

    sama lah kite doa kan dia...

    ReplyDelete
  2. sian..moga cepat sembuh..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign