Fresh from the owner...

28 September 2011

Syawal pun dah nak tinggalkan kita.



hari ni dah syawal ke-30. dan hari ni jugak hari last syawal untuk tahun  ni. entah bila lagi boleh jumpa tak tahu la kan. pada yang dah habis puasa 6 tu, tahniah. pada yang tak buat dan still ada puasa ganti... lepas ni jangan lupa ganti puasa pulak.

ada lagi ke rumah terbuka walaupun syawal dah tutup tirai? kenduri kawen ada la kot. kalau terlambat buat open house, tak apa. next year boleh rancang menu, budget, berapa ramai tetamu. boleh buat undangan awal-awal ye. hehehe... entah jumpa entah tak syawal ke puasa tahun depan. tak apa. perancangan. ketentuan Allah tu memang kita tak boleh halang.

siapa-siapa yang dah kenyang, badan padat dan bulat sepanjang syawal ni sebab open house banyak sangat (makan tetap kena makan), boleh start diet. hehehe...





my foot: ada plan nak buat open house plus reunion sekolah. tapi plan je la. bab reunion tu kena ada orang rajin gerakkan. kalau tak, kekal plan je la sampai sudah. huhuhu...

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. betul2..puasa ganti plak lps ni huhu.

    bab kenduri kawen tu mmg betul,sbb izan ada kek2 kawen n mekap org kawen hehe.musim mengawan plak hehe...

    ReplyDelete
  2. tak sempat nk ke rumah terbuka sepanjang syawal, anak2 chicken pox bergilir2 hihihi

    ReplyDelete
  3. Memang sedih bila bulan2 mulia nak meninggalkan kita...
    Semasa ramadan nak pergi ari tu rasa nak menitis airmata.....

    Semoga tahun depan sempat lagi kita jumpa....

    ReplyDelete
  4. say pun antra nk uat open house tpi asik tangguh je sbb ramai dah amik tarikh pastu kami sndiri byk jemputan lain...adehhh..

    akan uat jugak tpi bukan dlm syawal lah hehehehe

    ReplyDelete
  5. hari ni akhir raya..ucap lagi sebelum habis.selamat hari raya=p

    ReplyDelete
  6. lepas ni tkde dah la undangan open house..hihihi

    ReplyDelete
  7. hihi..ajak kwn2 buat plan reunion sama-sama ye sis,mesti seronok..

    ReplyDelete
  8. rasanya minggu ni ada lagi open house, hehe mengeratkan silaturahim

    ReplyDelete
  9. x berjaya nk menghabiskan poser 6...huhu padahal boleh je dulu kalo nk pulun poser..6 hr jek...tp 6 hr tu lee yg lemau yg amat...iskk

    ReplyDelete
  10. beraya last adalah semalam kat opis...

    ReplyDelete
  11. badan bagai dipam2 dibulan syawal ni...huhu...


    salam kenal..terus follow sini...

    ReplyDelete
  12. tiba2 rindu dengan open housekan..bila tahu syawal dah berakhir...

    ReplyDelete
  13. kejap aja, syawal akan meninggalkan kita, insyaAllah jumpa lagi tahun depan

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign