Fresh from the owner...

27 September 2011

Sedap tapi kena minum air masak banyak ye!!!

tak ada maknanya nak snapped pics. Google je lagi senang. time ni ingat makan je. tak ada masa nak bergambar bagai. hehehe... apa ceritanya ni? aku tak tahulah tempat lain. tapi kat rumah aku sangat banyak dengan buah ini. memang mabuk kejap la tengok. aku suka je makan. tapi takut panas dengan Azfar la pulak. dia kan 100% breastfeed. tapi encik suami kata, insyaAllah... tak ada apa-apa. minum banyak air masak. makan kena seimbang.

jangan dok hadap buah tu je. benda lain pun kena makan jugak. pagi semalam dah makan dua biji. lepas tu ayah aku bawak balik la dua biji daripada kebun kawan dia kot. jenama lain. so, hadap le lagi buahnya. petang semalam, time hujan, makan secara berjemaah dengan ayah aku dan anak-anak buah aku. Anis dah tentunya ada sebab dia la yang mintak aku kopekkan. lepas tu baru ayah aku ambik alih. Alya makan ikut mood dia.

encik suami tak boleh nak makan sebab sakit gigi dan gusi. masa aku taip entri ni dia baru je tidur. sakit sangat sampai tak boleh nak tidur. dah macam-macam dia buat. kumur dengan air garam la, guna gambir sarawak. tapi macam tak berapa nak jalan. hari nak try petua lain pulak. nak kata gigi berlubang, tak nampak pulak lubangnya. better check la kan.

dah tukar cerita pulak. buah apa yang kami-kami semua ni makan? buah ini la.

kat tempat kamu ada ke?




my foot: sangat sedap. alhamdulillah. Azfar okay-okay je. tak ada efek. tapi air masak la kena minum banyak gila. hahaha...

pic godek2 kat Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. Huh!!! X tahan sggh tgk buah tu.. Sggh x tahan... grrrrrrrrrrrr!!!!

    ReplyDelete
  2. ada lg musim durian kan...tp izan mkn last sebelum puasa dulu.

    buat santan durian pun sedap kan... mmg kalau dah hadap,susah nk benti hehe.

    ReplyDelete
  3. sedapnyer.. tapi sekarang dah jarang nampak orang jual buah durian nieh.. :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign