Fresh from the owner...

21 September 2011

Rutin saya di waktu pagi!!!

minggu lepas kiranya minggu yang agak sedih sikit. sebab my BIL sakit tenat dan still sakit sebenarnya. tapi Allah tu Maha Mengetahui. DIA masih sayangkan my BIL dan mahu my BIL menebus kekhilafannya atas Yang Esa, maka dia masih diberi peluang bernafas di muka bumi ni. lepas melalui episod jantung dia berhenti berdegup dan docktor sendiri mengatakan dia nazak sampai diberi pilihan kalau jadik apa-apa nak biarkan atau nak tekan, my BIL survive. alhamdulillah. planned terakhir untuk masukkan dia dalam ICU. tebuk lubang kat leher untuk benarkan dia bernafas. tapi bilik ICU penuh dan dia dihantar ke HDW (second ICU). at first, my BIL tak menunjukkan sebarang perkembangan positif.

kuasa Allah, lepas dua hari dalam HDW (masa tu my father yang jaga), dia dah boleh gerakkan kaki. meaning, walaupun still under ubat tidur, dah ada pergerakkan. dan bila dipanggil nama, dia buka mata kemuadian pejam balik. alhamdulillah. walaupun doc kata toksin air kencing dah merebak ke kepala, selagi Allah kata belum masanya, maka belum lagi la adanya. slowly, ubat tidur direducekan sebelum distoppedkan pemberiannya.

hari Ahad, ubat tak lagi diberi dan my BIL dah sedar walaupun mamai-mamai lagi. my sis pergi tengok dia that day. on the way balik, hospital called bagitahu pesakit dah dipindahkan ke wad biasa. tak duduk dalam HDW lagi la. bila tukar wad, my sis kena jaga la husband dia. and me kena jaga la anak-anak yang ditinggalkan ni. semua sekali ada 5 orang. yang sekolah menengah ada dua. dua sekolah rendah dan seorang tadika.

yang sekolah menengah lelaki tu aku boleh kira la kalau dia macam ala-ala malas sikit. tapi kalau yang perempuannya sama jugak, memang menyirap. sebabnya dia kakak. dan patutnya jugak dia handle adik-adik sebab dia dah besar. ini, aku pulak kena handle dia jugak. aduhai... yang lain-lain tu tak apa lagi. kecik lagi. boleh kira la kalau buat perangai pun. pagi ni aku kejutkan semua orang bangun kecuali si kakak ni. pandai-pandai la bangun sendiri. tengok tv tak hingat

kadang-kadang kejam jugak aku ni. hahaha... breakfast my other sis yang masak lepas tu hantar ke rumah. aku tak boleh nak buat sangat sebab ada tukang sibuk. walhal boleh je. tapi dah my other sis willing to do, sonang sikit kerja aku. biasanya macam tu la selagi my sis tu tak balik daripada hospital. tak apalah. anak-anak buah sendiri jugak. sabar je la melayan karenah dia orang. huhuhu...




my foot: terima kasih atas doa tulus ikhlas daripada rakan-rakan blogger untuk BIL saya!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. sabar la ye...mcm tu la ragam anak2 nk membesar...mmg kene selalu pantau dan byk sikit mulut kite ni...

    anak2 saudara mcm anak kite jugakkan..sape lagi kalau nak tolong jaga kalau bukan kite sebagai mak saudara...

    ReplyDelete
  2. Sabar yer sis.. Insya'allah!! Ada pahalanya.. Moga Allah swt permudahkan segala urusan.. AmiN!!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign