Fresh from the owner...

16 September 2011

Penat, sakit... semua ada!!!



kepala rasa pening je semalam. badan pun rasa tak sihat mana pun. semalam masa bawak anak-anak ke KKIA, aku terpaksa angkut anak-anak buah sekali sebab tak ada orang nak jaga. ayah aku kata nak ke Kuantan pagi. end up petang lepas asar baru dia pergi. Anis batuk dengan flu. Alya pulak dah start dapat flu. Azfar dah kurang sikit. dah makin pulih. alhamdulillah.

semalam jugak kena buat pap smear. pada ibu-ibu yang belum buat tu, pergi la buat. bukan sakit pun. untuk kita-kita juga. dan semalam jugak the nurses tanya aku dah ambik pil perancang ke. daripada hari tu lagi dah dioarang tanya. nak buat macam mana. orang ni kata tunggu period baru ambik. yang ni kata tak payah. jadik aku ambik yang tak payah la kan? hehehe... bila semalam dok kena desak je, aku ambik yang suntik 3 bulan instead of pills. pills ni selalu je buat aku lupa nak makan. tapi katanya pills ke cuck ke sama je. cuma cucuk ni senang manage. 3 bulan lagi baru cucuk semula.


tapi dia pesan kalau tak sesuai tukar la. macam mana nak tahu sesuai ke tak? huhuhu... me ingat nak buat implan je kat lengan macam my friend buat. nak kena tanya la macam mana nanti. yang tu untuk tempoh lama. lagi senang. sebab ada yang kata makan pills ke cucuk ke tak sesuai walaupun aku ada baca cucuk lagi baik untuk ibu menyusu. kena jumpa doc la nanti ni. masa cucuk tak la sakit (cucuk untuk matangkan paru-paru baby lagi sakit!) mana. tapi bila balik rumah, pinggang, tempat cucuk tu rasa sakit. adakah ini petanda ia tak sesuai untuk aku? alasan kan?

dan Anis pulak batu teruk sangat semalam. muntah 2-3 kali. lepas batuk je menangis. ini first time la dia batuk macam tu. aku keluar carik ubat batuk Hurix kanak-kanak untuk dia. beli kat farmasi. kesian bila tengok dia batuk. lepas bagi dia makan dalam 30 minit macam tu, dia ada batuk tapi dah kurang sikit. cuma yang merisaukan bila dia kata nak buai. masa tu dah nak maghrib. lepas tu breathing dia laju je. tak pernah-pernah jadik. last time jadik before dia kena admitted dalam PICU. dia tak berapa nak bercakap, nak main. mata nak pejam je. aku mula terfikir... ni kesan ubat batuk ke kesan lain ni. sebab tak nak ambik risiko apa-apa, aku bawak dia ke Bilik Kecemasan.

MA checked dan bawak dia sedut ubat. lama jugak MA tu checked dia. bila dah sedut ubat baru la nampak dia segar sikit. senyum, bercakap segala. aku ada cakap dengan encik suami. dia dah tentu la risau sebab anak tak ada depan mata. mula la membuak-buak perasaan nak balik. MA tu bagi ubat batuk, selesema dan kahak. dia nak bagi ubat lelah tapi Anis mana pernah makan ubat tu. bila dia tahu terus dia tak jadik bagi. katanya, Anis batuk bercampur dengan kahak yang banyak. jadik kena bagi Anis banyak minum plain water.

balik je daripada hospital, Anis maik kejap before dia tidur. aku layan si dua kerat yang tak berapa nak tidur lagi tu. tapi aku terlelap jugak kejap. tapi sebab Alya dah pandai. dia la tengokkan Azfar untuk aku. alhamdulillah. anak yang baik walaupun kadang-kadang tu nakal bukan main lagi.




my foot: semalam timbang dan berat aku jatuh banyak jugak. 48kg je. modus operandi adalah untuk makan sebab encik suami dah bising. katanya aku makin ringan sebab makan tak makan je. huhuhu...

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. kita pun rasa nak buat implan je lepas bersalin nnt, tahan 3 thn, buka kalo nak pregnant semula kalo mkn pill selalu la skipnya.

    mana tak ringan, sibuk dgn urusan rmh tgga. kan awak kan?

    ReplyDelete
  2. izan amik cucuk dah masuk 5tahun. setakat ni sesuai dan senang jugak dan tak sakit hehe.sbb doktor tu je yg cucuk,tak tukar2..

    jiran sebelah ni buat implan,tp bukak smula tak smpai 2bulan sbb period tak berenti sgt.. maybe tak seswai..yg penting kita consult dulu dgn doktor kan =) sebab tak semua org sesuai dgn apa yg kita amik =)

    ReplyDelete
  3. amalkanla minum susu kambing, sgt2 bgs untuk anak2 dan wanita...anak saya ada penyakit lelah tp alhamdulillah dah 2 bulan amalkan susu kambing ni dah xde lelah dia..dia pun makin cerdas n chat...saya pun minum,mmg rasa bdn bertenaga n chat...lau berminat nk try leh tgk kt blog ni yer...
    http://susukambingdha.blogspot.com

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign