Fresh from the owner...

26 September 2011

My BIL is getting better!!!

ini la my BIL tengah main dengan Azfar


kenapa semalam tak post entri lain? sebabnya inilah. semalam aku dengan encik suami bawak anak-anak including anak-anak buah melawat my BIL. actually encik suami nak pergi sendiri. tapi daripada dia pergi sendiri baik aku ikut kan? sejak BIL ni masuk wad, mana ada aku ke encik suami melawat dia lagi. dah ada ruang masa tu, pergi saja la. bawak anak-anak BIL ni 3 orang. yang kecik-kecik. yang besar-besar tak nak ikut. especially yang lelaki sulung tu la. dia tak boleh naik kereta ber'air cond'. cepat pening dan muntah. daripada terpaksa melayan dia sakit, lagi baik dia duduk rumah tengok ternakan ayah aku. hahaha...

my BIL alhamdulillah, dah semakin okay. cuma tangan sebelah kiri dia bengkak. hemodialisis dia kena buat selang sehari sebab buah pinggang dia dua-dua dah rosak akibat jangkitan kuman daripada kaki dia yang luka tu hari la. dia duduk sebelah a chinese guy yang ada masalh mental. my sis kata, dia takut nak duduk situ sebab that guy, kalau tak dilayan pertanyaannya akan buat dia terkam kat orang tu. kat hujung kaki my BIL ada OKT (orang kena tahan). 24 hours guarded by 2 policemen. tak sempat aku nak snapped pics Anis dok mengacau adik-adik polis tu.

berbalut. tak sempat tengok doc bukak.


dalam bungkusan kaki tu ada ulat. ada 50 ekor semuanya. seekor berharga RM1. aku tak faham kenapa sampai seringgit. bukan doc bagi makan pizza pun kat ulat-ulat tu. ulat-ulat lalat tu la. padahal ulat-ulat tu makan kulit mati je. kena bayar cash ye bila balutan tu dibuka. CASH!!! kalau orang tu tak berkemampuan macam mana? tiga hari dah RM150. kalau terapi tu berjaya, akan repeat lagi rawatan tu. my BIL kata, boleh rasa ulat-ulat tu bergerak-gerak dalam balutan. nyum... nyum... nyum... delicious!!! hahaha...

keadaan orang dalam wad lelaki memang penuh. ramai sangat pesakitnya. tapi kalau turun ke tingkat 7 (ada saudara kena strok. me ajak encik suami melawat terus), orang kat wad perempuan boleh kira dengan jari la. sikit sangat. keadaan my BIL pun stabil. cuma tangan dia tu aku tak tahu la apa ceritanya. encik suami cakap hari khamis ni my BIL dah boleh keluar wad. okay tok bomoh, kita tengok betul ke tak ramalan awak kali ni ye!!!




my foot: semalam jugak pergi carik kain pasang untuk my little girls ni sebab adik ipar nak kawen bulan 11. famiy dah belikan kain untuk me. untuk the kids tak ada (my other SIL ter'bawak' balik the rest kain for the kids ke Lumut). semalam carik kat ALAMODA sebab katanya beli kat situ. dah habis pulak. so kids... kena pakai gaun je la nampak gayanya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

5 comments:

  1. ulat berenga tu yer..izan ada tgk kat majalah 3 dulu guna uat ni utk sembuhkan luka2 tu..semoga BIL tu cepat sembuh..Amin...

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah BIl makin baik...

    kuasa allah kan...
    semoga keadaan kamu sekluarga makin mebahagiakan...

    msuk blog sya ada malware?
    iskhhh, napa ek?

    ReplyDelete
  3. Ngeri sis bila baca bab ulat tu.. Geli pun ada terasa2 dia bergerak hujung kaki.. Neway moga dipermudahkan urusan BIL sis.. Dan kembali sihat ye.. Insya'allah!!

    ReplyDelete
  4. gembira dgr ur BIL dah makin sihat..dgr nama hemo tu teringat kat my uncle yg kena hemo selalu..sian kan diorang..

    moga makin sihat yea..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign