Fresh from the owner...

14 September 2011

Mendoakan yang terbaik! Moga diberi kesempatan buatmu olehNYA!!!



masa raya ketiga hari tu me got this one news. my BIL masuk wad. actually dia sepatutnya masuk wad before raya lagi. my BIL ni ada diabetes and ada masalah buah pinggang stage 4. dia selalu jugak keluar masuk wad. hospital tu dah macam rumah kedua dia dah. masa bulan puasa hari tu, he noticed ada macam luka kat kaki dia. sebabkan dia ada diabetes dan lambat sedar, luka tu macam merebak sikit la. nampak kecik je lukanya. my sis kata tulang ikan terlekat kat seliparnya dan dia tak sedar.

bila dia ke hospital Pekan ni untuk buang kulit kat luka tu, doc tak berani nak buat. bila ada diabetes macam-macam boleh jadi. so, doc suggest dia masuk wad untuk dihantar ke Kuantan. kat sana ada pakar. tapi sebab nak raya, dia tangguhkan dulu. sampai la raya ketiga hari tu. before that, dia ke private untuk buang kulit kat kaki sebab doc kat hospital pun tak berani nak buat. mungkin jugak kuman dah merebak kot so dia dihantar ke Kuantan hari tu jugak.


tapi sampai sana kena masukkan darah dulu sebab darah dia kurang. doc nak darah tu cecah 10 before boleh operate untuk buang kulit ke isi ke kat kaki dia tu. dah empat hari masuk darah bacaannya still 9. so doc buat jugak operation. bila ada diabetes dan nak buang isi ke kulit tu, macam-macam boleh jadi. doc takut dia hilang banyak darah je. luckily ada darah spare so dia orang sediakan darah dan buat operation tu. aku ingatkan sikit je je yang dibuangnya sebab nampak macam sikit je lukanya. tapi besar jugak bahagian yang dipotong isinya tu.

dah settle operation, doc nak pantau pulak macam mana keadaan kakinya lepas operate buang isi yang tak elok tu. my husband said, once dah kena buang isi, memang akan sentiasa kena buang.bits by bits. arwah my FIL macam tu jugak dulu. last-last dia mintak keluar untuk berubat cara tradisional. alhamdulillah, okay. he seems to be okay. tapi last two days my sis bagitahu buah pinggangnya dah teruk. kena tebuk lubang kat perut untuk buat dialisis. aku tak tahu sangat ceritanya sebab nak pergi tengok pun tak boleh. encik suami tak ada. semalam sepatutnya dia tebuk lubang tu tapi before sempat buat dialisis, my BIL ni collapsed.

dia sempat pesan dengan my sis suruh anak-anak datang tengok dia. sebab condition dia tak berapa bagus, my dad ambik his youngest daughter and bawak ke hospital tengahari tadi. dia sempat salam dengan my dad and peluk anak dia tu sebelum dia cakap nak baring dan collapsed. meraba jugak docs bila jadik macam tu. ni my dad yang cerita. kenapa dia tiba-tiba jadi macam tu? my sis kata buah pinggangnya dah teruk sangat dan tak boleh nak proses lagi air kencingnya. toksin dalam air kencing tu mengakibatkan jangkitan kuman dan  dah merebak ke otak. my sis kata dari stage 4 terus naik ke stage 5 buah pinggangnya tu. and stage 5 adalah stage terakhir.

maghrib tadi dapat news, doc kata keadaan dia 50-50. kalau dia survive, dia memang lucky. kalau tak, kena terima segala kemungkinan. even masa my sis cakap dengan my dad (she was crying hard and still crying), dia kata doc ada cakap, kalau jantung dia berhenti berdenyut, nak biarkan ataupun nak tekan. my dad kata biarkan. tapi me cakap dengan my dad biarkan my sis yang tentukan. anak-anak dia semua ada kat sana. at least anak-anak sempat tengok the father. malam ni my father temankan my sis. my other sis yang baru balik daripada tengok cakap, tak ada perkembangan positif. my BIL still meronta sampai tercabut tiub kat perutnya tu. my sis duduk kat luar crying and my father yang masuk dan pegang tangan my BIL.

even masa me type this, aku rasa sangat sedih. aku kesiankan anak-anak dia. macam my sis cakap, lebih baik bercerai hidup daripada bercerai mati. dan aku harap dia diberi peluang terakhir untuk tebus apa-apa silap dia pada Yang Maha Esa. aku berharap dia diberi kesempatan terakhir. aku tahu my sis tak kuat mana. dan aku tahu kalau kuman dah merebak ke otak memang banyak komplikasinya. tak ada ubat. cuma doa pada Allah agar dia kembali pulih.

Ya ALLAH, Kau berikanlah kesempatan padanya untuk menebus kekhilafan dirinya padaMU. Ya ALLAH, hanya Engkau Yang Maha Mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. Sembuhkanlah dia. Sesungguhnya Engkaulah Yang Berkuasa atas segalanya!!! Amiiin!!!




my foot: mati itu pasti. namun, jika masih diberi kesempatan untuk menebus kesilapan... jangan dipersiakan peluang yang ada. Ya Allah... bantulah dia!!!

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. mmg diabetes ni akan jadi kemungkinan yg lebih teruk...

    takut kan...

    ReplyDelete
  2. @mamaNoriz

    memang. sebab tu kena precaution. kena jaga makan minum. tak boleh sembarang.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign