Fresh from the owner...

10 September 2011

Malang sememangnya tak berbau!!!


kenapa dengan jari ini? ceritanya begini. semalam aku nak mesin kelapa sebab nak masak lemak cili api. biasa okay je bab-bab mesin-mesin ni. masa first my sis beli, memang aku tak berapa berani nak guna sebab mata mesin masa tu tajam sangat. aku pernah try mesin dan kepala eh... kelapa tu terpelanting sebab tersangkut apa entah. memang ngeri la. mujur sempat elak. lepas tu dah tak mesin kelapa lagi dah untuk tempoh beberapa bulan.


bila keyakinan tu datang semula baru la boleh mesin kelapa balik. tapi my other sis memang tak berani nak guna sebab dia pernah ter'mesin'kan jari tangannya. tapi sikit je kena. dia fobia lepas tu. dan semalam jugak (walaupun dah terdetik dalam hati akan berlaku something) aku mesin kelapa macam biasa. masuk je kelapa yang kedua, isinya tu macam terlekat kat mata mesin.

akibatnya? kesan daripada tak kestabilan kelapa tu, jari tangan aku la terkena mata mesin. kira aku sempat tarik la tangan aku daripada mesin tu. masa baru kena tak sedar. lama sikit baru la terdetik dalam hati: "Jari kau kena mesin tu, tarik!" sebab masa kena, aku rasa aku tertolak lagi tangan ke mata mesin tu. macam saja menambah sakit yang ada la plus macam kena pukau la jugak. ceh, pukau la sangat!


empat mata mesin mengakibatkan empat luka dan jugak merosakkan kuku serta melukakan sikit kat hujung jari. ha, masa aku sedar jari dah terkena mata mesin, aku tengok darah dok keluar je. aku tadah dengan tangan kanan. darah mengalir air. mujur jugak masa tu belum lagi time solat jumaat dan encik suami still ada kat rumah. dia la bacakan ayat (dia suruh hafal sebab ayat tu bagus jadikan pendinding. tapi aku la belum nak hafal lagi. hehehe...) tu sekali including Al-Fatihah. aku time tu walaupun tak panik tapi macam tak boleh nak berfikir kejap.

tak rasa sakit pun. cuma bila dah lama tu baru rasa sakit. bila dah isi gel gamat semua la. baru datang feel sakit tu. hahaha... alhamdulillah la jari aku tak teruk (walaupun teruk jugak la sebenarnya) mana. berkat baca bismillah sebelum buat kerja. walaupun tekena mata mesin tapi tak parah. masih dilindungiNYA. dan alhamdulillah jugak, darah pun cepat kering.

lepas kejadian, ayah aku la ambik turn mesin kelapa. dia tak bagi aku buat dah. entah apa-apa pulak jadik nanti kalau aku teruskan mesin kelapa tu. itu kata dia la. aku okay lagi. ^_^




my foot: alhamdulillah jugak sebab tak rasa fobia nak guna mesin kelapa tu. cuma encik suami je la tak berapa nak benarkan aku guna mesin tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Hati2 dear.. Risau ler.. Bleh hancur jari tau.. Benda dah nak jadi kan.. X pe janji msh bleh digunapakai jari2 yg comel tu semua.. ;) Ina mmg kalah bab2 mesin memesin ni.. Mesin kedai je.. ;p

    ReplyDelete
  2. alamak ngerinya tengok, nasib baik tak berapa teruk

    ReplyDelete
  3. alahai..ngeri la pulak...mesti sakit tuu...

    pas ni berhati2 tau...

    ReplyDelete
  4. xpernah cuba sebab ketakutan maksima.. hihihihihihi

    belum try pun dah fikir macam2 hahahahaha

    anyway hati2 sis :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign