Fresh from the owner...

06 September 2011

Lawak tanpa tajuk. Huhuhu...


"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid!" kata Abah separuh memerintah.

Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh di masjid. Jangan melawan. Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur.

Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja. Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah. Bukan di bumbung masjid. Ajaib.

Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

" Lailatul Qadar!" kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"

Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Pasal tu kubah tu diaorang angkat letak kat tanah..*****!" sambung Abah menggunakan bahasa yang kurang sedap didengar. Huhuhu...




my foot: terlewat post entri ni sebab busy sebelum raya hari tu. nak post tahun depan lambat lagi. huhuhu...

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. slmt hari raya...

    skrg ni masjid tu dah siap kot ekeke...

    lawak.

    ReplyDelete
  2. he he he itu pasal le dah lama tak pi masjid ya

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign