Fresh from the owner...

09 September 2011

Lagi sambungan Fadhilat Surah Al-Fatihah.

Wirid Fatihah
Sesiapa yang membaca al-Fathihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali akan:

Dimurahkan Allah rezekinya
Diperbaiki hal ehwalnya.
Dibersihkan hatinya.
Diangkat darjatnya.
Dimudahkan pekerjaannya.
Dilepaskan ia daripada dukacita
Dijauhkan dari mudarat.
Diberi ia kerajinan dan semangat.
Tidak kecewa.
Dijauh dari hasutan syaitan.
Diilham kepadanya kebajikan.


Mengembalikan Pangkat

Sesiapa yang dipecat dari pekerjaannya atau jatuh pangkat yang disandang olehnya dan sukakan ia kembali kepada pangkatnya, hendaklah ia membaca Fathihah sebanyak 41 kali di antara Sunat Subuh dan fardhunya selama 40 hari. Jangan kurang dari bilangan ini dan jangan putuskan ayat-ayat yang dibaca.
InsyaAllah kembalilah pangkatnya semula atau menyandang pangkat yang lebih tinggi, percayalah kepada khudrat Allah.


Mendapat Zuriat

Sesiapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Fathihah sebagaimana kaedah peraturan seperti ini:

- Hendaklah membaca Fatihah sebanyak 41 kali selam 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya. Masanya ialah diantara Sunat Subih dan Fardhu Subuh. InsyaAllah ia akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.


Fatihah di atas kapas

Sesiapa membaca Fatihah 7 sebanyak 7 kali, kemudian diludahkan diatas sekeping kapas dan ditampalkan pada tempat yang luka atau kudis atau apa-apa sehaja penyakit kulit, akan bercantum lukanya dan sembuh kudisnya, dengan izin Allah.


Bacaan untuk pelayar

Jika dibaca Fatihah sebanyak 41 kali di belakang orang yang hendak belayar, InsyaAllah diselamatkan ia dalam pelayarannya dan dikembalikan semula ke tanah air dalam keadaan sihat-sihat adanya.


Jika hendak membereskan sesuatu pekerjaan

Sesiapa yang melakukan pekerjaan dan hendak selesaikan pekerjaan itu dengan baik, bacalah Fatihah di tengah malam sebanyak 41 kali. InsyaAllah dimudahkan Allah pekerjaannya dengan tidak mendapat suatu gangguan dan apa saja pekerjaanya dengan izin Allah semuanya beres.


Jika berasa dahaga

Sesiapa yang berada dalam pelayaran atau perjalanan atau sesat maka takut ia dahaga atau lapar, hendaklah ia membaca Fatihah sekali di atas tapak tangannya, kemudian ditiupkan di atas tapak tangannya itu dan disapukan ke muka dan perutnya. InsyaAllah ia tidak akan merasa lapar atau dahaga pada hari itu.


Mengubat sakit telinga

Jika mengidap sakit telinga baru atau pun lama, hendaklah dituliskan Fatihah dalam satu bekas kemudian dihapuskan tulisan itu dengan minyak mawar dan titikkan ke dalam telinga, insyaAllah akan kembali pulih.


Minyak Fathihah

Jika di bacakan 70 kali Fathihah kedalam minyak (apa saja jenis minyak) dan disimpan unutk persediaan bagi sakit-sakit angin, akhmar dan bagi menyegarkan tenaga dan urat. Juga bagi penyakit belakang dan pinggang. Insyaallah afiat apabila di gosokkan.


Menjadi Penawar

Jika disengat haiwan berbisa seperti lipan, kala jengking atau ikan bersengat hendaklah diambil segelas air masukkan sebutir garam jantan ( besar ) dalam air itu dan bacakan Fatihah sekali. Kemudian di beri minum, InsyaAllah akan hilang bisanya.




my foot: masih ada lagi sambungan yang berbaki. semuanya atas izin Allah SWT.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. insyallah..mudah2an kita mendapat ganjaran dr NYA

    ReplyDelete
  2. semoga kita sama2 mendapat kebaikan dan kelebihan itu jika diamalkan..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign