Fresh from the owner...

18 September 2011

Instanet!!! Apa benda tu? O_o



sebelum ni encik suami ada cakap pasal ni. ramai orang tengah cari. katanya. tapi benda tu tak sampai kat sini lagi. aku pun tak tahu benda tu macam mana. katanya jugak bagus kalau guna. kita boleh manage sendiri. daripada monthly payment lebih baik ambik yang prepaid je. zaman aku belajar dulu tak ada benda-benda macam ni. rugi la. kalau tak mesti aku dah jadik famous blogger dah sekarang. hahaha...

masa aku jalan-jalan kat town hari tu aku ternampak benda alah ni. actually hari sebelum tu lagi aku perasan tapi aku tak sempat nak singgah tanya. dua hari lepas, aku ke satu kedai ni tapi that chinese guy macam sibuk je melayan orang lain. wife dia pulak macam nak tak nak je melayan customer. aku blah. pergi kedai lain. depan kedai yang first ni sikit je. aku tanya nyonya tu. dia cerita tapi tak berapa detail sebab dia tak berapa nak tahu. last-last anak dia datang cerita.

hahaha... anak dia umur dalam 9 tahun macam tu la. lagi power daripada the mother. ooo... macam tu ke ceritanya. bagus jugak. boleh try la kalau macam ni. instanet ni rupanya starter pack prepaid internet under celcom. murah je. baru RM12.50.


 ada tiga plans dalam ni. daily, weekly dan monthly. pilih je la yang mana berkenan. jimat dah aku rasa guna prepaid ni. kalau ada handphone canggih pun boleh guna. bukan semua tempat ada wifi kan. kalau balik kampung, laptop tak bawak... guna je handphone canggih anda dah boleh connect dengan internet. setakat yang aku test guna semalam, okay je. macam postpaid jugak. laju pun boleh tahan.

aku ada plan nak terminate postpaid sekarang. guna yang ni je. sebab ada plan nak masukkan streamyx. tapi kena guna sebulan dulu baru tahu macam mana rupa sebenarnya. kalau okay je boleh proceed. setakat yang aku test tu aku ambik plan daily sebab dalam tu ada kredit RM10. aku malas nak topup baru. guna yang tu je dulu. kalau daily cuma 24 hours la. weekly tu 7 days dan yang monthly tu 30 days.




my foot: pilihan masing-masing. yang malas nak bayar bil boleh guna je ni. yang ada anak-anak pun boleh jugak guna ni. tak ada la pening-pening nak bayar bil kan? hehehe...

pics godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign