Fresh from the owner...

05 September 2011

Happy 2nd Birthday our dearest NUR ANIS INSYIRAH!!!


tepat jam 2121 tadi Anis genap 2 tahun. dia dilahirkan bulan puasa dua tahun yang lalu. dah besar rupanya si kecik saya yang seorang ni. tahun ni clebrate birthday kat Dungun. sebab tak balik lagi kan jadi her uncle belikan dia sebiji kek. uncle dia la belanja kek tu. mintak belikan secret recipe tapi unfortunately, kereta dia tak boleh nak jalan jauh. tayar keretanya tu bocor teruk jugak la masa raya kedua tu hari. bila pergi kedai, kedai kata tak ada stok pulak tayar keretanya tu. so kena tunggu la. tu la... pakai kereta mahal-mahal buat apa kalau nak tukar tayar pun susah. hahaha...


dan unclenya jugak belikan dia teddy bear kaler pink. dia suka la. boleh jadik 'anak' dia kalau main sesama sepupu-sepupunya nanti. hopefully, NUR ANIS INSYIRAH besar jadik anak yang solehah dan menyenangkan hati ibu bapa. jadik kak ngah yang baik untuk adikadik dan adik yang baik juga untuk kak long. amin!!!

sama-sama nyanyi lagu birthday

bila dia bangun je pagi tadi, aku cakap dengan dia: "Kak Ngah dah dua tahun hari ni. Happy birthday!" siap aku nyanyikan lagu Happy Birthday lagi untuk dia. last-last, bila dia keluar je bilik, dia pun nyanyi jugak: "Hepi burfday to you! Hepi burfday to you!" bila ditegur bukan 'to you' tapi 'to me' dia nyanyi la kejap: "Hepi burfday to me!" tapi kejap je la. lepas tu tukar la ke 'to you' semula. bila orang nyanyikan untuk dia before potong kek, dia pun nyanyi jugak. macam-macam la kak ngah ni.

Bob belikan kek untuk Kak Ngah tahun ni. kalau tak sebab kereta Bob rosak, dah tentu Bob belikan kek secret recipe. buat request nanti Bob pergi la beli. hehehe... Bob jarang tolak permintaan anak-anak buah ni. lagi pun, bila lagi nak pow Bob kan? kita bukan selalu balik pun. ngeee... teringat pulak encik suami cakap yang mana emaknya cakap kat dia, masa pergi shopping beli baju raya, my BIL ni sibuk cari baju anak-anak aku dulu. baju dia tak cari pun. alahai...!!! tahun depan carik lagi dengan Bik (tunangnya dan sebab musabab dipanggil Bik? Bob lawannya Bik. adoiii!!!) ye. hahaha...

muka excited potong kek. kak long pun tak mahu miss the moment jugak.




my foot: all the pics were taken by Bob. abah ada ambik jugak tapi ibu je tak sempat nak transfer dalam laptop. transfer pics daripada memory card Cik Ha dulu ye!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. hepi belated besday Kak Ngah... semoga jadi anak yg baik dan bijak =)

    sedapnyer kek,auntie nk sikit boleh?

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign