Fresh from the owner...

11 September 2011

Dunia sekarang dunia duit. Betul ke?



syawal masih panjang lagi. ye ke? hehehe... aku tak buat pun puasa 6 lagi. ingat nak srtart esok. mungkin buat direct 6 hari. mungkin buat selang-seli. tengok pada keadaan la macam mana. aku sebenarnya tertanya sendiri. tiap tahun je menjelang syawal, duit raya untuk budak-budak mesti naik. masa zaman aku dulu seringgit tu dah dikira besar sangat la. sekarang ni kalau budak-budak dapat seringgit, mesti dia kata tuan rumah kedekut kan? pemikiran budak-budak sekarang.

dan sekarang jugak, kalau ada je orang lelaki (time raya ni ada la orang bertunang dengan kawen kan?) merisik ke meminang ke... mesti hantaran yang nak diberi kat si perempuan tinggi-tinggi belaka. especially kalau si lelaki tu kerja sedap sikit. it happened. betul tak?


in one case, aku dengar-dengar je si polan ni kalau ke rumah girlfriendnya untuk beraya, sepupu sepapat si girl yang asalnya tak ada kat rumah tu tiba-tiba datang nak beraya. actually, they came sebab tahu mamat tu datang dan mamat tu pulak loaded. kerja dengan gaji yang agak sedap la. bila jadi macam tu dan biasa jugak jadik every year, apa perasaan that guy aku tak tahu. tapi apa kita rasa bila kita dengar macam tu?

mungkin that guy tak kisah sangat. tapi perspektif kita bila tahu keadaan macam tu, mesti terdetik jugak dalam hati kan siapa yang bagi tahu sedara-mara that girl yang that guy ada kat rumah beraya. perlu ke dia orang buat macam tu? pendapat aku, macam tak bagus la. mungkin aku seorang je fikir macam tu. aku tak tahu la orang lain kan. macam menyendeng je bila tahu that guy loaded. if one fine day, that guy tiba-tiba tak ada duit, macam mana agaknya penerimaan family or sedara-mara that girl? aku tak la kata family dia mata duitan. cuma kadang-kadang cara tu tak berapa nak bagus la.

memang nampak terang lagi bersuluh la kalau sekarang ni ditatang that guy macam minyak petrol yang penuh dalam tangki kereta. tapi ye la... as long as that guy tak kisah, orang nak kata apa pun jangan ambik peduli. tapi family that girl or sepupu sepapat harap jangan ambik kesempatan la. tak baik. duit tak menentukan siapa kita yang sebenarnya. tapi duit boleh memusnahkan apa yang kita ada kalau kita taksub sangat. duit jugak boleh menghuru-harakan apa yang pernah kita ada. walaupun kita memang memerlukan duit tapi jangan sampai jadi hamba duit. guna dan berbelanjalah seadanya.

betul kan? tapi hakikatnya, memang duit dah jadik raja. orang sanggup buat apa saja sebab duit. harap-harap aku dan keluarga dilindungi daripada sifat dan sikap sebegitu adanya. sama-samalah bermohon pada Allah agar ditetapkan hati kita agar kuat menghadapi cabaran dan dugaan yang diberiNYA.




my foot: suami aku tak kaya duit tapi kaya dengan kasih sayang. tak ada banglo dan kereta mewah tapi harta yang paling utama si kecik bertiga tu. cukuplah. tak perlu nak kaya-kaya. entah apalah jadik kalau kaya agaknya. huhuhu...

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. budak2 sekarang makin mewah.. setakat rm1 memang kena kutuk la tuan rumah tu. ayat biasa 'ala seringgit je iskhhh...'

    sebagai ibu bapa rasanya kena ajar anak utk hormat pberian org lain. dan kalau blh jgn la dbuka sampul tu sebaik keluar rumah. at least tggu masuk kereta dl.

    it happened to my inlaw family. larat ke nak bagi rm2 kat semua anak2 jiran yg serbu pg raya?.. ramai tu..... :p

    ReplyDelete
  2. budak skang sgt2 materialistik..

    tp, skang sumenye guna duit..kalo takde duit cam susah jugak kannn...tp, biarlah hidup secara bersederhana...

    ReplyDelete
  3. kadang2 susah jugak sebab duit nih... dalam hidup nih macam roda.. kadang2 ada duit kadang2 kurang duit.. huhuhu

    ReplyDelete
  4. Betul le kan.. Duit ni berkuasa skrg.. Zaman dulu2 dpt rm1 dh abeh hati.. Zaman skrg depa komplen lg 'alaaaaaaa singgit je!!' siap buang blk sampul dlm umah kita lg.. Adoi!!!! Btul tu dear brsyukur dgn rezeki allah skrg.. Org yg miskin di dunia nnt akan kaya di akhirat nnt.. Insya'allah!!!

    ReplyDelete
  5. memang semua nak duit sekarang ni

    ReplyDelete
  6. memang pon..
    bdk2 skg dpt duit raya singgit,
    siap ckp cehh singgit je! heshh~

    ReplyDelete
  7. nk start poser gak ni...terlambat skit..

    tahun ni takde duit raya...budak2 dtg raya..ckp takde duit raya...terus tak jadi masuk umah...hehe nampak sgt nk duit raya..bukan nk beraya

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign