Fresh from the owner...

13 September 2011

Dah raya baru nak pos dan post ke?


ini entri tertunda sebenarnya. patutnya post masa bulan puasa tu hari. tapi tahu je la bila melibatkan anak-anak kecik ni memang susah sikit nak tengok laptop lama-lama. ni pic kad raya for my dearest husband untuk tahun ni. tak banyak pilihan. ada satu tu berbentuk baju tapi me dah bagi kat dia last year. erk?! ke kad birthday yang tu? hahaha... tarak ingat la. puasa mencari. tahun ni kad raya pun tak banyak. untuk isteri tu cantik-cantik la jugak. tapi untuk suami, alahai...


yang ini pun kira cantik la jugak sebab ada ketupat. kain felt digunakan. bukan tak boleh nak design sendiri tapi tukang designnya ramai. nak buat macam mana? last time aku design sendiri kad raya for my husband masa still engaged. laminated kad tu pada CD. CD pulak bukan CD kosong. ada la something kat dalam tu untuk dia tengok. lepas tu tak buat lagi dah. lagi pulak masa tu duduk Shah Alam. kedai untuk print laser banyak. murah-murah. soft laminate pun senang nak dapat. kat sini mana ada soft laminate.

kad bagi by hand je. encik suami balik je of course la layan anak-anak dulu. sebabnya anak-anak yang terkam dia dulu kan. takkan la ibu nak join jugak. hahaha... join tengok je boleh la. dah settle anak-anak baru boleh bagi kad. macam biasa la. walaupun aku tak pesan apa-apa masa dia nak balik tapi tetap dia belikan aku sehelai tudung dan jugak kuih sarang semut (salah satu kuih faveret). alahai... sweetnya awak! ngeee...

aku pun ada sediakan jugak kad raya untuk bloggers yang belum sempat di pos lagi walaupun dah berjaman siap. tak berkesempatan nak pos. nak mintak tolong my sis, dia pulak tak berapa nak sihat. biar lambat asal jangan tak sampai langsung. tunggu ye kedatangan saya yang tak seberapa tu. dan maaf sebab lewat pos kad raya. huhuhu...




my foot: terima kasih pada kawan-kawan bloggers yang sudi bagi kad raya. kita jadikan ia satu tradisi ye!!! walaupun tak bersua di alam nyata, kita tetap saudara kan!?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign