Fresh from the owner...

08 September 2011

Dah kurus kering dah saya!!!

tak adalah sampai macam ni kurusnya. ni dah rangka semata.


masa bulan puasa saja makan dah kurang. kalau makan nasi masa berbuka, lepas tu tak makan dah. makan semula pun masa sahur la pulak. kalau sikit je makan masa sahur, itu la bekal nak bawak ke sahur nanti.selalunya aku tak makan nasi masa berbuka. tunggu malam betul baru makan. kadangkadang tak ingat pun tak makan nasi. makan kuih dengan minum air dah kenyang. 


last day puasa, aku bersahur dengan air je. tak jamah nasi pun. sebab sibuk nak packing baju nak balik kampung. dah dekat pukul 3 pun baju-baju bertebaran lagi. tak bersusun. kalau yang dah siap masuk bag dan siap bersusun tu pun cuma baju nak pakai time raya. baju tidur anak-anak tak packing. baju aku dengan encik suami lagi. hahaha... sambil-sambil tu melayan pulak la si kecik tiga orang ni. macam mana nak siap kemas baju awal?

cincin tunang dengan kahwin pun dah longgar semacam. dah la cincin kahwin tu besar sikit. size 11 kot. kalau aku tahu, aku mintak dia kecikkan sampai size 10 je. konon ingat lepas kahwin akan gemuk berisi. tapi makin kurus melidi la pulak. pinggang seluar pun dah besar-besar. jangankan masa puasa, lepas bersalinkan Azfar, dah start turun berat. my sis kata aku ikut sebelah mak. kurus-kurus. dia dengan kakak-kakak aku yang lain ikut sebelah abah. berisi sikit.


pagi raya pun aku makan nasi ayam sikit je. okay la... aku makan second time tapi tak banyak mana jugak. second day pun macam tu. aku banyak sebat kuih raya. bangun pagi je makan kuih raya. pergi dapur makan kuih raya. sebelum mandi, solat, pergi toilet... mesti makan kuih raya. hahaha... sebabnya? sebelum nak ke dapur or toilet kena tempuh balang-balang kuih raya dulu. my MIL letak kuih raya dekat second ruang tamu. memang kat situ la tempatnya every year.

encik suami marah makan banyak kuih raya. nasi tak berapa nak makan tapi kuih raya terlebih pulak makan. bising je dia. macam mana nak naik berat bandan kalau dok makan kuih raya je. eh, tak naik ek berat badan kalau makan kuih raya? dan encik suami pesan jugak banyakkan minum plain water. kalau makan kuih raya jangan minum minuman manis-manis. lagipun aku kena beringat jugak sebab Azfar menyusu badan lagi. tapi alhamdulillah... dia memang tak meragam, tak sakit perut walaupun aku menyebat kuih raya je sepanjang duduk kat rumah my MIL.

bila pergelangan tangan aku sakit baru-baru ni, aku cakap dengan encik suami. dia cakap, makan la banyak sikit. dah kurus sangat. dah rasa tulang dah. hehehe... kalau tengok tangan aku pun orang tahu. even anak-anak buah aku pernah tegur kenapa tangan aku nampak berurat-urat? bila tengok pergelangan tangan pun dia orang kata kecik. entah la. sekarang ni dalam proses dan tengah bersemangat (auta je lebih sebab makan pun macam tu jugak!) nak naikkan berat badan. last muka aku chubby-chubby pun before kawin. masa mengandungkan Alya berat aku 57kg first month. masa dengan Anis, 55kg third month dan Azfar 52kg pun third month jugak. apasal makin turun? huhuhu...




my foot: kalau boleh nak kekalkan berat around 55kg. even 52kg pun still rasa kurus. time belajar dulu lagi la teruk. mesin penimbang kata aku underweight. berat bawah 50kg. sekarang ni kalau bawak motor laju sikit je rasa macam nak melayang kena tiup dek angin.

pics ambik kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. woitsss bestnyer lepas kawin n beranak badan leh kurus...mummy lepas kawin la baru badan naik. Sebelum kawin badan memang under weight hinggakan nak derma darah pun tak layak...sekarang bila dah layak dah tuee la pulak.....

    ReplyDelete
  2. Yang!! Berat kita lg truk tau.. 37kg je.. Abnormal!!

    ReplyDelete
  3. untung la awak kurus, sya ni langsung tak berubah... huhu

    buka makan tak ingat dunia...adehhh

    ReplyDelete
  4. bestnyaaa kurusssss!
    huhhu bilalah nk merasa berat tutun ke 50 kg balik...

    ReplyDelete
  5. mesti tinggi kan..izan ni tak cukup tinggi,36kg pun rasa berisi hihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign