Fresh from the owner...

03 September 2011

Bila Ramadhan mula mengucapkan salam perpisahan...


bila ramadhan sampai ke penghujungnya, memang sedih sangat kan? aku tak tahulah orang lain tapi aku rasa macam tu la. first day puasa je rasa macam pahit sikit tekak. lepas tu, okay je. kalau kena hari panas terik memang terasa la. tapi kita yang dah dewasa ni kadang-kadang mengalahkan budak-budak. sebab tu jugaklah ada orang-orang tua ni yang tak puasa. kalau tak boleh nak puasa tu tak apalah. ni 1001 alasan bagi.  patutnya insaflah sebab dah tua. ini tak! makin menjadi-jadi adalah.

anak-anak buah aku yang berpuasa tu (especially yang umur 7-10 tahun), kejap-kejap mandi. kalau boleh nak duduk dalam bilik air sampai waktu berbuka. entah berapa gelen la air dah masuk dalam perut, aku pun tak tahu. hahaha... memang kalau puasa ni badan jadik kurang air. bila panas mula la rasa kering. lepas tu mandi baru rasa segar sikit kan? tapi kalau dah kerap sangat masuk bilik air tu, suspicious la jugak.


dan macam-macam lagi la kerenah budak-budak yang puasa ni. boleh pening kepala nak layan. kalau jenis yang dapat upah tu lain la. puasa sehari dapat seringgit. cukup 30 hari dah RM30. tapi tahun ni cuma 29 hari je. apa yang tak bagusnya tentang konsep bagi duit kalau puasa penuh, budak-budak akan puasa sebab nak duit. bukan sebab puasa tu wajib. dia orang takkan faham tentang kepentingan puasa tu sendiri. even anak-anak buah aku pun macam tu jugak. siap ugut lagi kalau nak dia puasa penuh kena belikan mainan. perh...!!! budak-budak sekarang kan?

me was lucky la. dekat-dekat nak habis puasa ni dapat jugak la bersahur dan berbuka dengan encik suami walaupun cuma dua hari terakhir tu je. tapi still happy. masih diberi kesempatan untk merasai nikmat berbuka dan bersahur bersama. sempat jugak la jalan-jalan sebelum balik kampung. shopping seluar Alya, baju Azfar (yang mana kecik sikit dengan dia walhal size yang aku ambik 6-9 month) dan jugak sehelai baju untuk encik suami. settle semua dah boleh packing-packing barang dengan aman dan damai. hehehe...




my foot: seronok sebenarnya perasaan nak balik kampung tu.

pic godek2 kat Google Image
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign