Fresh from the owner...

28 September 2011

Berkejar-kejaran dengan masa.

lepas 4 tahun baru ada pic berdua


apa kisah dengan pic tu? dah lama sangat tak ambil pic berdua. last time ambik pun masa raya berdua sebelum adanya Alya. lepas tu ambik pics anak-anak je lebih. hari ni memang tak sempat nak buat apa-apa. encik suami dah nak balik Johor. by the time aku post ni, dia dah selamat ada kat Johor.

so dia request nak makan itu dan ini. kena layan la. itu pun baju-baju dia belum dapat settle. nasib baik jugak dia bawak balik sehelai dua je baju. jadik lipat-lipat letak dalam beg. siap! hehehe... encik suami kalau dia balik, dia akan rquest nak makan apa. biasanya kalau tak tomyam, dia nak sup sayur. tak pun tumis kubis. selayang goreng pedas. tumis kubis tu, dia mesti mintak letak ikan banyak-banyak. baru sedap katanya. selalunya jugak aku akan pastikan encik suami dapat apa yang dia nak makan. 

cuma ayah aku punya permintaan je belum tertunai semuanya. semalam dia nak makan bubur jagung. sebab dah petang sangat baru dapat barang, mood nak buat tu tak ada. pagi ni baru buat. kek memang tak sempat nak usik apa-apa sebab assistant saya yang kecik tu tak sihat la pulak. mana sempat. encik suami dah balik. orang lain nak pegang Azfar lama-lama pun tak larat. lagi pulak, Azfar pun kadang-kadang tak nak dengan orang. memang dok berkejar dengan masa je la.

penat sebab Anis pun batuk je. bila batuk je muntah. kalau dah start muntah tu habis la jugak sehelai dua kain batik yang aku buat alas kat tempat tidur. huhuhu... okay!!! ini supermom. belum mahu pitam lagi. masih boleh bertahan.




my foot: nasib baik dapat khabar gembira. my BIL dah boleh keluar wad. sekarang ada kat rumah dan dia tengah beristirehat dalam biliknya tu. itu bermaksud kakak aku akan ambik alih tugas melayan karenah anak-anaknya semula. alhamdulillah. sihat dah BIL aku.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. akak pun jarang ambik gambo berdua....masa kita berdandan dia selekeh, bila dia kemas kita pulak serabut serabai...kah..kah..kah...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign