Fresh from the owner...

20 September 2011

Azfar yang cepat besar. Sudah 7.1kg!!!

bidadara kecilku


hari rabu minggu lepas aku ke KKIA bawak anak-anak. patutnya Alya check esok. tapi aku satukan dengan tarikh Azfar checked. malas la nak pergi dua tiga kali. lagi pulak bulan ni anak-anak timbang je. Azfar bulan depan baru cucuk semula. dan hari rabu tu jugak la aku angkut semua anak-anak buah sebab tak ada orang nak jaga. dan hari rabu tu jugak la aku buat pap smear dengan ambik suntikan perancang keluarga. ada siapa-siapa yang tak buat lagi pap smear. sila la serahkan diri anda untuk diambil sample yang sepatutnya ye! hehehe...


biasa kalau aku bawak anak-anak mesti aku pakaikan kaler baju yang sama warnanya. senang. baru tahu datang daripada satu keluarga. kalau tercicir ke hilang ke mana-mana anak dara aku yang dua orang tu, nurses akan bagitahu. Anis for sure takkan bergerak ke mana-mana. dia jenis dilihat boleh, dipegang jangan. macam Alya cepat mesra dengan orang. Azfar pulak jenis tak banyak ragam. bila ditegur, senyum je. baby yang chubby ni memang menarik perhatian. dok kena cubit je pipinya tu.

penat menunggu. tertidur sampai Azfar. tidur dengan baju melayunya.

Azfar kalau kena agah memang dia suka. lagi satu kalau kita dok bercakap dengan dia. memang faveret dia la. tak kira la siapa pun pegang dia, dia tak meanngis. mungkin dia tak kenal orang lagi. tapi kalau aku lalu, sure dia cari. mungkin dia detect melalui bau. dan si kecik ni boleh baring kejap-kejap je. sampai satu tahap, dia tak nak baring. dia nak kita pegang dia je. hebat kan dia? hehehe...

masa timbang tu hari, berat dia dah cecah 7.1kg. nurse ada tanya, dah boleh meniarap ke dia. masa nurse tanya, dia meamng tak boleh meniarap lagi. tapi sehari lepas tu, okay je dia meniarap sendiri. berbanding dengan kakak-kakaknya, dia la yang paling cepat dalam serba-serbi. dua bulan, badannya dah tegap. dah start nak bagi respon kalau nampak orang lalu-lalang depan dia. Alya dengan Anis, masuk 5 bulan baru tegap badan dia orang. baby premature lambat sikit. mandi air sejuk, ketiga-tiganya masuk je 2 bulan lebih dah jumpa air sejuk. kecuali kalau hari tu memang sejuk baru la mandi dengan air suam.

raya kedua. theme kaler brown!

4 bulan Azfar dah meiarap. Alya dengan Anis 6 bulan baru la belajar meniarap. advance dia mungkin sebab dia lahir cukup bulan, cukup berat. pada orang yang tak tahu aku ada dua anak pramatang, berat Azfar 3.2kg masa lahir tu dianggap biasa je. pada aku dah besar la tu. perut time bawak baby 3.2kg? memang tak nampak. hahaha... even masa nak buat checked up (masa tu dah 8 bulan), ada orang ajak sembang-sembang. dia cerita pasal dia nak scan tengok baby blablabla... bila dia tanya, aku cakap nak checked diri sendiri. dan encik suami baik hati bercerita la. dia cakap dah 8 bulan ke? tak nampak pun perut. okay... saya suka sorok. doc pun cakap untung time pregnant tak nampak perut. baby pun kemas je duduk kat dalam.

okay doc!!! nampak macam senang kan? macam best je. tapi bawak Azfar la saya paling penat. dia kemas sangat kat dalam sampai kadang-kadang rasa susah je nak bernafas. dah bercerita benda lain pulak dah. sebelum melalut ke arah laut. ni semua pics Azfar masa raya tu hari. layan je la kan...


dengan ibu saudaranya. masa raya baru jumpa. sebelum ni tengok pics kat FB je.


waktu Bobnya bertunang. dah malam tapi still cerah mata Azfar. ni 'kawan' bapa saudaranya.

excited dapat pegang benda berbulu. ni bear birthday Kak Ngah.

dah puas beraya kat Terengganu, sekarang tiba waktu balik. tidur dulu la kejap.


Azfar jugak sangat suka main buih. hisap jari. kalau boleh kelima-lima jari tu dia nak masukkan dalam mulut dia. hahaha... alhamdulillah. berkat kata-kata orang yang merupakan satu doa, "Baik budak ni!", "Tubuh betul dia!", "Bagusnya. Tak menangis pun. Senyap je." even my MIL and SILs pun kata, sangat susah nak dengar suara encik Azfar ni menangis. memang baik. kalau bawak berjalan pun dia tak menangis. bagi susu, tidur la dia. tidur malam pun tak sesusah mana. tapi end up dia aku sure akan tertidur sama sebab Azfar kan menyusu badan.




my foot: perkembangan setiap anak memang berbeza-beza. Alya berjalan masa umur dia setahun tiga bulan, Anis masuk setahun je berjalan. Azfar? tunggu dan lihat aje la. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. memang bam2,sihat,comel. anak2 ni lain anak lain carta pembesaran diorang kan..dan itulah paling manis skali kita sbg ibu yang melihat perkembangan itu =)

    ReplyDelete
  2. ooo pap smear, sudah2. rasa lega bila dah buat kan?
    ha'a kita pun kalo checkup dgn scan lain2 temujanji, minta dia satukan hari juga. sudahla PPUM tu ssh paking.

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign