Fresh from the owner...

03 September 2011

Apa yang wajib kita buat di hari raya? Apa ye?


tahun ni raya macam kelam-kabut sikit. tak macam raya-raya sebelumnya. my in-laws pergi solat Aidilfitri lambat sikit. padahal tahun sebelumnya masing-masing relax je. tahun ni dengan ada yang tak sempat nak siap, ada yang terpaksa balik sebab tak jumpa parking awalnya. bila dah jumpa parking, orang dah takbir. macam-macam la. hahaha...


usually, every year kalau aku tidurkan anak-anak, confirmed aku akan tidur terus sampai pagi. maknanya tak ada la nak menolong-nolong kemas rumah ni. tahun ni, lepas tidurkan Azfar dan aku tidur kejap, aku boleh pulak bangun dan berjaga sampai pukul 2 lebih dok meng'iron' baju-baju plus melayan Alya dengan Anis yang tak nak tidur kalau aku tak masuk tidur jugak. my MIL masak nasi ayam pagi raya. this year ada tiga in-laws aku yang tak beraya sama. my BILs seorang kat laut dan seorang lagi kat seberang laut. my SIL beraya dengan keluarga sebelah husband dia. ni first raya Azfar dengan family encik suami.

Alya je first raya dengan keluarga aku. yang dua orang lagi raya first mesti kat rumah encik suami. tak kisah pun. lepas balik solat raya, masing-masing ambik peluang bermaaf-maafan sesama sendiri dan jugak acara wajib dengan MIL la. dah bersalam-salaman tu mesti ada sesi fotografi punya. gambar dengan family yang ada, gambar dengan famili masing-masing. tahun lepas siap ada video lagi. this year cuma still photo je. nevermind. as long as ada kenangan for the kiddos tu dah cukup bermakna.


dalam pada dok bersalam-salaman dengan in-laws, aku terlupa satu benda rupanya. hahaha... masa dalam bilik dok sembang-sembang kosong dengan encik suami, aku cakap kat dia: "Ala... lupa nak buat satu benda. Lupa nak mintak maaf dengan Honey!" ngeee... encik suami cakap dekat anak-anak: "Tengok ibu. Sampai lupa nak mintak maaf dengan abah." aduhai! bukan lupa sebenarnya. tapi dok sibuk buat benda lain, tak sempat nak mintak maaf dengan suami sendiri. sorry la Honey ek?!

dah kahwin ni, patutnya itu yang aku dulukan. tapi encik suami sendiri lewat bangun pagi tu walaupun aku dah kejut berkali-kali bangun. tapi dia kata mengantuk sangat. aku biarkan je la dia bangun sendiri. ha, baru terkejar-kejar nak pergi solat Aidilfitri. hehehe...




my foot: lepas sesi bermaaf-maafan mesti ada sesi makan-makan kan? sedap nasi ayam my MIL. nyum... nyum...

pics godek2 kat Google Image


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign