Fresh from the owner...

17 September 2011

Apa nak jadi ni? Alhamdulillah... ^_^

semalam BW tak tahulah berapa rumah je sempat singgah. selagi Anis tak berapa nak baik batuknya memang susah sikit. lagi pulak banyak benda nak buat tertangguh. bila malam je mengantuk la pulak. so, tidur awal. dua tiga kali tersedar. dengar bunyi kokok ayam. ingatkan dah subuh. la... isyak tak solat lagi. ter'missed' nampaknya. tapi bila tengok jam baru pukul 2. banyak kali tengok jam. dan banyak kali jugak pastikan telinga dengar betul ke ayam ni berkokok? mabuk piang ke apa ayam-ayam ni.

itulah. badan penat sikit la dua tiga hari ni. mungkin sebab tak berapa nak sihat. nak makan ubat? tak makan der. siapa la yang nak tengok-tengokkan bidadari/bidadara kecil saya tu kalau saya makan ubat? Alya boleh harap untuk tengok diri sendiri. kalau dia dah puas main, dia akan masuk bilik sendiri untuk tidur. Anis pun macam tu jugak. tapi disebabkan dia tak sihat, dia tidur awal daripada biasa. apa la nak jadi dengan saya ni kan. asyik penat je huhuhu...

semalam jugak my sis ada kat rumah. my dad willing nak jaga menantu dia kat hospital jadik kakak aku balik la untuk tengok-tengokkan anak-anak dia plus settlekan hal rumahtangga yang dah tak macam rumah ni. selagi my BIL kat HDW (second ICU), waktu boleh tengok dia adalah ketika waktu melawat. tak macam PICU. bila-bila masa je mak ayah boleh masuk tengok anak. tak ada waktu melawat.

jadik, sebelum solat subuh semalam, dia sempat bercerita kejadian-kejadian masa kat sana yang aku cuma dengar daripada mulut ayah aku dan yang dia cerita sikit-sikit je. dalam telefon bukan senang nak cerita banyak kan. masa sarapan, pun my sis ada cerita pesanan my BIL kat dia. tapi dia dah cakap kat aku, kalau dia cakap ni mesti dia nangis. memang dia nangis pun. aku cakap dengan dia, apa pun kena terima segala kemungkinan. sampai bila tak nak terima. memang cakap mudah. betul. tapi Allah tu Maha Mengetahui. Maha Pengasih lagi Maha Pemurah. jangan kita lupa tu.

bersyukur la sebab dapat hidup dengan dia for 15 years. ada orang dua tiga bulan je. ada yang dua tiga tahun. ada yang tak sempat langsung nak hidup sama. lagi sedih kan? macam aku, encik suami selalu ingatkan tentang kemungkinan maut datang menjemput tak kira masa. kena redha katanya. walaupun tak bersedia, kena la bersedia jugak. huhuhu... my BIL setakat hari semalam ada perkembangan positif. alhamdulillah!!!





my foot: gatal pulak hidung ni. daripada semalam lagi gatal-gatal hidung. ingat nak ke pekan sehari la kejap pagi ni. nak ikut?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Sukarnya menghadapi saat getir, yg membaca ni pun turut terasa pilunya, semoga kekandamu terus tabah..

    ReplyDelete
  2. Semasa anak-anak masih kecil macam tu lah....badan cepat letih....banyak urusan hidup yang perlu dibuat dan difikirkan...semua itu mematangkan....
    ,

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah lega dgr pkmbgan +ve tu, harap2 sihat spt sblm ni

    ReplyDelete
  4. Mati itu pasti setiap saat kita kena redha kan sis?! Neway dlm sbuk2 x jemu dtg ziarah kami mekasih ye.. ;) rindu ye sehari x tgk si Aqil Naim?! Hik3!!! Take care ye sis cpt sihat & brtenaga blk.. ;)

    ReplyDelete
  5. salam kenal...

    semoga BIL terus menunjukan perkembangan positif..:)

    ReplyDelete
  6. semoga BIL anis cepat sembuh...semoga si isteri tabah hadapi ujian Allah ini..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign