Fresh from the owner...

23 September 2011

Alahai...!!! Kena dera ke?

 senyuman si bambam saya!


hari rabu aku dikejutkan dengan kepulangan encik suami. kepulangan. ayat tak hingat. masa tengah bagi susu kat Azfar, aku dengar anak buah sorang kat dapur tu cakap: 'Ayah Su!'. dalam hati tu terdetik la jugak. eh, ada balik ke?! kenapa tak cakap nak balik. baru je berkata-kata, encik suami masuk bilik. anak-anak semua tidur lagi. muka encik suami berkilat kena matahari.

bila anak-anak bangun dan tahu abah balik, bermula la segala macam perangai yang ada dan tak pernah ada masa dia orang dengan aku. memang pelik budak-budak ni. time dengan aku okay-okay je. tapi ada je abah dia orang, mula la. nak berdukung la. nak itu ini. pening kepala encik suami nak melayan.

tapi yang paling hebat bila dia orang start panjat belakang, berdiri atas dada. memang pantang nampak abah dia orang tu bersenang-lenang sikit. memang dikerjakan baik-baik punya. aku kesian juagk. tapi budak-budak ni bukan makan saman kalau abah dia orang ada. huhuhu... layan je la abahnya! bila tak dilayan, kejap lagi ada la bunyi: 'Malas kawan abah. Kawan ibu je.' ^_^

aksi-aksi kanak-kanak ribena yang selalu buat abah pening kepala. hahaha...


memang abah surrender dengan kelasakkan dia orang berdua ni. memanjat, melompat tak kira tempat. abah pulak jenis skeptikal sikit. ada protokol. itu tak boleh, ini tak boleh. ibu okay lagi. selagi tak sakit dengan cedera parah, main la kalau nak main. abah tak bagi main sebab abah masa kecik pun lasak jugak. ini menurun perangai abah la semuanya ni. ibu lasak jugak tapi tak selasak abah, okay!!!

setakat masuk hutan, keluar hutan. main kat paya. tangkap lintah. tangkap belut tapi tertangkap ular. pancing ikan. tu semua kenangan ibu. abah? up sikit ye. sebab ada kes belasah-belasah orang. tapi belasah pun bersebab. bukan suka-suka. nanti kita story-mory. abah sesekali balik memang kena dera sakan la dengan anak-anak. sabar je la abahnya.

tapi yang paling cool adalah budak kecik ni.


lagi sedap hisap jari daripada layan abah kan? hahaha... rambut dah panjang. sebelum abah balik kita paksa abah gunting rambut Azfar. kasi pendek. tak sakit mata ibu tengok. sebab Azfar cepat sangat berpeluh. Azfar ada potensi untuk dera abah ke? setakat ni belum lagi sebab Azfar lebihkan ibu berbanding abah kan? ngeee...




my foot: anak-anak ni macam-macam karenah dan macam-macam ragam kan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. teringat masa kecik dulu konon nak tangkap ikan dapat-dpt ikan ada kaki... guess what anak berudu la...
    rindu zaman kecik dulu

    ReplyDelete
  2. sesekali kena dera apa lah sangat kan? si ibu yang kena bangun tiap2 malam tukar lampin dan menyusu rilek je hihhihihihihihihi

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign