Fresh from the owner...

23 September 2011

Adakah aku akan menjadi milikmu di syurga?


1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.
2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.

Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.

Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.

Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.

Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.

Rasullullah SAW bersabda: ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.'

Ya Allah! Luasnya nikmat yang Engkau sediakan buat hamba-hambaMu yang beriman. Tidak ada siapa pun diantara kita yang tidak akan mengecap pemberian Nya.




my foot: sesuatu untuk kita renungkan bersama.

pic godek2 kat Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. insya Allah mudah2an dapat bersama sampai bila2 :)


    iklan jap hehehehehehe ~ jom sis beli casserole tu. bukan senang nak dapat offer camni. kecik comel je xsusah pun nak bawa pindah ke mana2 :D

    ReplyDelete
  2. insyaallah..mudah2an..amin..

    ReplyDelete
  3. singgah baca jap..
    moga moga kita menjadi ahli syurga..amin

    ReplyDelete
  4. Amin..semoga kita sama2 menuju ke arah itu...ahli syurga...Amin...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign