Fresh from the owner...

19 August 2011

Terkejut beruk saya dibuatnya...


ini sebenarnya entri semalam. ingatkan dah post tapi belum rupanya. post hari ni tapi baca macam semalam punya. boleh gitu? hehehe...


baru je selesai sahur. patutnya ada lebih kurang lima mainit lagi sebelum imsak. dan aku pun baru je bercadang nak minum air masak kat dalam bilik. tiba-tiba terdengar suara azan kat surau berdekatan. terkujat la aku dibuatnya. biar betul. tengok jam... tak munasabah subuh dah masuk.

aku checked jadual berbuka puasa dengan imsak daerah ni. aik... ikutkan 5.38am baru imsak! subuh pulak 10 minit selepas tu. tengah tengok-tengok jadual, laungan azan tadi berhenti. sah! memang confirm dia orang ni salah timing untuk azan. kat area rumah aku ni, kalau azan je 4-5 suara bilal boleh dengar daripada masjid dan surau yang berlainan.

dan tadi, cuma surau tu je yang azan. mesti ada yang tersedak sebab terkejut tengah makan lagi dah azan. mahu pengsan siapa-siapa yang tengah makan tu. hahaha... sengal betul la bilal ni pagi-pagi khamis ni.




my foot: tak apalah abang bilal. saya tahu aawak mesti excited nak laungkan azan pagi ni. mood baik la abang bilal tu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign