Fresh from the owner...

03 August 2011

Teringat pesan suami untuk saya...

cuaca kat sini redup je kalau nak dibandingkan dengan dua hari lepas. panas la sangat. tapi pagi tadi hujan turun kejap. sekejap pun dah memadai pada aku. itu pun dah dikira rahmat Allah. kalau dia bagi kering je tak hujan langsung baru kita tahu makna musibah kan? hohoho...

aku ada banyak benda nak buat. tapi badan penat sikit. tambahan dengan makan biskut je pagi tadi buat badan cepat letih. macam tak ada cukup tenaga. alhamdulillah... Anis is getting better. cuma dia ada flu je. demamnya dah baik. dia dah start main and minum susu dan makan jugak. tadi pagi aku buat mee goreng untuk anak-anak. mee goreng campak-campak je.

bila penat macam ni, teringat pesanan encik suami semalam masa dia called. katanya, bacakan 40 kali surah Al-Fatihah pada air. untuk tambah kekuatantanya. katanya jugak, baca 70 kali surah Al-Fatihah dalam sehari pada air untuk mempertajamkan daya ingatan. hari tu dia dah mintak aku buatkan. sebab aku selalu lupa kat mana aku letak barang-barang.

teruk jugak kan? ada masanya handphone pun aku tak ingat aku letak kat mana. walhal tak sampai 10 minit pun aku letak kat tempat tu. melilau la aku mencari. perh... memang penat!!! oh ya... baca je pada air. jangan hembuskan. air tu pulak buat minum. bukan simpan buat pekasam ye.

nak buat jugak la nanti. mungkin start hari ni baca Al-Fatihah dua tiga kali. cukup 40 kali dah boleh minum dengan anak-anak. harap-harap mendapat berkat daripada Allah juga la adanya.




my foot: Anis ni bila sihat mula la... semua benda dia nak main. nak panjat. tapi seronok tengok dia sihat berbanding sakit. alhamdulillah... demamnya pun tak lama. syukur sangat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. ouh anak2 demam..tp mujur tk lama..kalo lama tu yg lg resah kan..bila demam kita resah bila dia dia sihat hbis di punggah nya barang..haihh

    ReplyDelete
  2. Hmmm teruk jugak tahap lupenya tu, takpe amalan yg baik, moga2 btambah kuat daya ingatan...

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign