Fresh from the owner...

13 August 2011

Siapa yang paling pandai?



Sambil menggunting rambut seorang pelanggan, Mamak tukang gunting menunjuk kepada Boboyboi yang bermain di depan kedainya sambil berkata...

Mamak: “Tengok budak yang pakai baju power ranger tu adalah budak yang paling ***** di dunia.”

Pelanggan: “Kenapa awak cakap macam tu mamak?”

Mamak: “Awak tengok ni..”sambil memanggil Boboyboi datang kepadanya.

Kemudian... Mamak tu menunjukkan dua helai wang kertas kepada Boboyboi. Satu RM1, satu RM10 dan mamak berkata  kepada Boboyboi: “Nah... awak ambil la duit ni! Awak pilih yang mana?”

Boboyboi mengambil duit RM1 dan mengucapkan terima kasih dan terus berlari.

Mamak: "Hahaha kan saya dah kata! Budak tu *****. Saya dah berpuluh kali tak terkira suruh dia pilih duit, dia mesti pilih duit yang paling sikit. Hahaha...!”

Sumardi yang melihat kejadian tu bertanya kepada Boboyboi.

Sumardi: “Boi, pasal ko tak ambik duit RM10 tu?”

Boboyboi: “Aku takkan dapat duit RM1 lagi setiap hari kalau aku ambil duit RM10 tu. Ini kerana Mamak tu selalu suka kalau aku amik duit RM1. Kalau aku ambil RM 10 tu, permainan akan tamat”

Sumardi: “Haha... ko budak paling bijak dalam dunia.”



my foot: okay... siapa yang bengong sekarang. mamak tu ingat dia pandai walhal dialah yang ***** sebenarnya. hahaha...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign