Fresh from the owner...

23 August 2011

Siapa kita untuk melawan takdirNYA?

Dania Emelda

terbaca tentang pemergian seorang bidadari kecil milik seorang ibu di blog Mummy Ayu. aku lantas menjengah ke blog si ibu bidaari kecil itu Roslina Hanim. harapannya agar si ibu tabah menghadapi dugaan itu. berat mata memandang, berat lagi hati dan jiwa orang yang merasai. pemergian puteri kesayangannya Dania Emelda menjelangnya syawal yang bakal tiba tak lama lagi pasti menerbitkan air mata.

aku yang baca kisah Dania pun sedih sangat. apa sangat la yang budak dua tahun tahu. tapi DIA berikan kita masa untuk memberikan kasih sayang dan yang terbaik untuk si kecil sebelum DIA mengambilnya kembali. itu hakNYA. dan siapa kita untuk menghalang. kuatlah semangat si ibu dan aku juga ibu. aku tahu macam mana rasanya dan peritnya perasaan bila anak sekecil tu sakit. dugaan sebesar itu terlindung hikmah yang tersembunyi. mungkin suatu hari kita akan sedar tentang hikmah pemergiannya.




my foot: hakikatnya kita sentiasa diuji. aku juga sedang diuji. dan aku masih bertahan dengan ujianNYA kerana aku tahu DIA sayangkan aku sebagai hambaNYA walaupun ada kala aku terlupa dan terleka...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 comments:

  1. memang sedih.....ayu pun menangis sedu2 dpn PC semalam..sampai ada opis mate tanya la.kenapa tu?
    sedih sgt..

    ReplyDelete
  2. Syukur Alhamdulillah krn Allah menamatkan penderitaan si kecil itu. Saya menangis bukan krn sedih tapi gembira krn dia pasti akan dijanjikan syurga oleh-Nya! Janji Allah itu pasti!

    ReplyDelete
  3. Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Takziah buat keluarga nya.. Al-fatihah!!

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign