Fresh from the owner...

23 August 2011

Shopping rayakah? Oh... mungkin tidak!!!


semalam lepas isyak, lepas pastikan Anis (tak tidur pun tak apa. tapi sebab dia tak tidur siangnya, susah jugak) dengan Azfar tidur, aku keluar la kejap pergi beli kain pasang untuk si kecik aku ni. setiap tahun itulah rutinnya. buat baju raya last minute. hahaha... kebetulan, memang ada tailor kat sini yang ambik tempahan (daripada saudara mara je la) saat-saat akhir. lagipun aku cuma nak buat baju anak-anak je.

tahun ni jugak tak ada baju baru untuk aku dengan encik suami. cari je baju-baju lama yang boleh dimix and matchkan colornya. lepas tu baru carik baju anak-anak yang sepaten colornya dengan baju kami. aku dah hantar baju tu minggu lepas. kebetulan, hari tu (Nuzul Al-Quran), tailor tu ada kat rumah waktu siang. kalau tak, kena jumpa dia waktu malam. susah jugak nak bawak Azfar malam-malam ni. siang hari dia kerja. 7 days/week. kain pasang pulak aku dah beli minggu pertama puasa. tak berkesempatan nak hantar je. lagi pulak, kena bawak budak-budak ni untuk diambik ukuran segala.


masa belikan kain pasang tu, aku tiba-tiba jadik tak ingat berapa meter la patutnya aku beli. jadik, aku beli la dua meter. patutnya jugak aku tanya orang kedai tu. tapi tak terfikir jugak. fikir kalau aku tinggalkan Azfar lama-lama ni okay ke. last-last aku beli 2 meter je. tahun ni buat baju kurung je dengan kain english cotton. panas-panas pakai cotton senang sikit. bila cakap dengan tailor tu, dia kata tak apa. dia tengok dulu cukup ke tak 2 meter untuk si kecik dua orang ni. kalau tak cukup, dia called.

tunggu punya tunggu, dua hari kemuadian dia called bagitahu kain tak cukup. aku nak pesan kat my sis beli, dia tak tahu kainnya tu macam mana. dua hari jugaklah aku ambik masa untuk keluar beli kain tu. malam semalam beli dan terus hantar ke tailor tu sebab dia ada malam je kan. sempat jugak jalan-jalan ke mydin. terbekenan dengan baju kurung moden budak color maroon. price RM49.90. tak tahu la sama ada nak beli ke tidak untuk budak-budak ni. aku pun tak pernah sediakan dua pasang baju kurung. sepasang je untuk pakai raya pertama. selebihnya t-shirt dengan jeans je.


seronok jugak tengok bekas-bekas kuih yang pelbagai jenis dan warna tu. dan lagi 'seronok' sebab terpaksa beratur panjang untuk bayar lepas beli sebiji kek pisang, sebiji kek marble, sebotol orange F&N dan juga pen (untuk my nephew sebab dia temankan aku keluar malam tu. Alya pun ikut sama). perh... orang ramai yang tak pergi terawih ye. hehehe... balik dari mydin, singgah rumah tailor tengok baju Alya dah siap. dia dulukan baju Alya sebab nak tengok kain yang aku beli tu cukup ke tak. suruh Alya test. sebab buat baju kurung jadik of course la okay je.

ramai jugak orang yang shopping last-last minute. nak beli barang buat kuih la. ada jugak yang beli baju raya. aku nak shopping ke? entah la. setakat ni baju anak-anak ada la aku siapkan dua tiga pasang seorang. mungkin jugak akan pakai mana-mana baju yang ada. kalau tak pakai nanti tak tahu bila lagi boleh pakai kan. huhuhu...




my foot: tak ada baju for me. tak ada blouse dan tak ada apa-apa. tapi ada baju kurung yang buat awal tahun belum pakai lagi. jadik buat raya je la kan. tak payah nak bazir-bazir duit encik suami tu. kesian dia.

pics credit to Google Image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 comment:

  1. alhamdulillah.. kadang2 kita lebih teruja nak siapkan keperluan anak2 je. agaknya bila dah ada anak memang xrasa nak dulukan keinginan sendiri

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign