Fresh from the owner...

15 August 2011

Sharing is caring...

gambar hiasan (godek2 kat Google Image)


aku baca ini di satu blog tentang pasangan ini yang memerlukan bantuan daripada kita. dan juga aku baca di portal SusuIbu.Com tentang kepritan yang terpaksa dilalui pasangan ibu bapa kembar Aida dan Aisyah ini. demi nyawa zuriat yang dikandung, mereka terpaksa tanpa ada pilihan lain.

okay... mereka tak bernasib baik sebab tak mampu. mereka jugak tak ada pilihan. bukan saja-saja pergi Prince Court Medical Center. ingat orang nak pergi ke ke PCMC walaupun tahu kewangan akan jadik beban? tak adanya saja-saja nak susahkan diri sendiri pergi sana punya.

kalau mahu tahu lebih lanjut tentang berita ini boleh klik sini. ini just petikan daripada apa yang tertulis di situ.

Puan Kartini telah selamat melahirkan kembarnya pada 27 July 2011. Kelahiran cahaya mata Puan Kartini pada kali ini adalah melalui pembedahan kecemasan. Beliau telah dibawa ke Hospital Putrajaya, dan pada ketika itu, usia kandungan nya baru sahaja mencecah 28 minggu (normal org bersalin 38-40 minggu) - bayi pra-matang. Untuk menyambut kelahiran bayi pra matang ini, pihak hospital memerlukan 2 ventilator bagi memastikan kembar tersebut peroleh sokongan kehidupan selepas kelahiran. 

Namun begitu, Hospital Putrajaya tidak mempunyai ventilator yg mencukupi sehingga perlu mencari ventilator di hospital kerajaan lain tetapi tidak berhasil. Kartini dan suami cuba mencari di hospital lain dan akhirnya vetilator yg diperlukan terdapat di Prince Court Medical Center. 

Puan Kartini dipindahkan di situ dan selamat melahirkan bayi pra matangnya pada 27 Julai 2011. Keputusan ini (utk melahirkan bayinya di PCMC) bukanlah pilihan mereka, tetapi merupakan satu2 jalan yg ada utk menyelamatkan 2 nyawa. 

Selepas kelahiran bayi itu, Puan Kartini dan suami ingin memindahkan bayi mereka ke hospital kerajaan secepat mungkin kerana perbelanjaan di PCMC adalah mahal, namun keadaan bayi kembar itu belum stabil dan tidak dapat dipindahkan. Selain itu, mereka belum berjumpa mana2 hospital yg mempunyai kekosongan ventilator yang mencukupi. 

Pada 9 Ogos 2011, bayi kembar itu Aida dan Aisyah telah dipindahkan ke Hospital Putrjaya dan memulakan rawatan mereka di sana. Kos perubatan di PCMC selama 14 hari menelan belanja hampir RM50,000. 

Dengan ini, jika ada di antara readers yg sudi utk menghulurkan bantuan kepada Puan Kartini, bolehlah berbuat demikian dgn membuat transaksi ke acc beliau. Kartini binti Waris ke Akaun Maybank beliau bernombor: 512080050944 




my foot: blogger Zaila ni ada called PCMC bertanyakan kesahihan berita tersebut dan ia didapati benar-benar belaka. bulan ramadhan ini tak salah jika kita buat lebih sikit amal jariah kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. bayran yg sangat tinggi

    ReplyDelete
  2. ya allah...kesian nyeee...

    bantu lah yg mana termampu kan...

    semoga beliau dan anak-anak mendapat khabaran baik di bulan baik ni :)

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign