Fresh from the owner...

19 August 2011

Selalu sangat disalaherti...


kadang-kadang niat nak membantu selalu jadik lain. selalu jugak disalahertikan. selalu jugak jadik tak betul. memang aku salah. harus akui kesilapan tu walaupun pahit. banyak buat salah. tapi bila niat dipertikaikan, aku jadik hampa dengan keikhlasan menolong tu.

aku pun tak tahu apa yang menyebabkan aku terdorong buat pertolongan tu. tapi niatnya cuma nak membantu sebab dia selalu mengadu. sebab aku sendiri tak dapat nak membantu dengan cara lain. hanya itu je yang aku tahu. tapi silapnya pada aku. tak meneliti dengan betul sedangkan aku rasa macam dah tengok dengan betul. rasa tu la yang sebenarnya boleh rosakkan semuanya. itu silap aku yang utama dan tak ada apa yang boleh dibetulkan. aku cuma boleh minta maaf sebab benda tu dah jadi. 

maafkan la saya atas kekhilafan yang saya buat dengan sengaja tanpa saya sedar kesannya pada kamu. cuma saya sedih bila niat saya untuk membantu selalu dipertikaian. selalu disalahertikan. mungkin sebab saya macam ni, jadik saya terima semuanya kesalahan tu. biarlah niat saya tu jadik niat je. cuma saya tak tahu macam mana saya nak bertanggungjawab untuk kesilapan tu.


my foot: frustrated!!! damn frustrated!!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 comments:

  1. kdg2 niat murni kita selalu disalaherti..masa tu rasa down sgt kan.. sbr byk2 yer..semoga dipermudahkan semuanya...

    ReplyDelete
  2. Huh!! Nape ni dear?! Kekadang ia diluar batas kemampuan kita.. Mmg kecewa bila disalah ertikan mksud & keikhlasan hati.. Terutamanya kalo ia mmbabitkn insan yg hampir dgn kita yg plg kita percaya.. Sabar lah ye..

    ReplyDelete

Peringatan

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri, tidak melibatkan mana-mana pihak kecuali jika saya meletakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog.

Pendapat penulis tidak semestinya kekal.

Terima kasih.

Sal Ya
✿ Rumah SalYa ✿ © . Designed by MaiGraphicDesign